Harga Apple iPad 9.7 2018 Malaysia

Baru-baru ini Apple telah melancarkan tablet bersaiz 9.7 inci yang mengfokuskan kepada pembelajaran dan pengajaran iaitu Apple iPad 9.7 (2018). Rekaannya agak sinonim dengan model iPad 9.7 sebelum ini. Namun menariknya model 2018 ini menyokong penggunaan Apple Pencil.

Hanya selepas sehari diumumkan, Apple Malaysia telah mengeluarkan harga rasmi untuk peranti tersebut. Untuk pasaran Malaysia, iPad baru ini ditawarkan dengan empat variasi memori dan rangkaian yang hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Silver, Gold dan Space Gray. Senarai harga iPad 9.7 2018 seperti di bawah.

Harga Apple iPad 9.7 2018 Di Malaysia

  • iPad 9.7 (2018) 32GB/Wifi – RM1449
  • iPad 9.7 (2018) 128GB/Wifi – RM1849
  • iPad 9.7 (2018) 32GB/LTE – RM1999
  • iPad 9.7 (2018) 128GB/LTE – RM2399

Mengenai spesifikasi iPad 9.7 2018, ia hadir dengan skrin 9.7 inci dengan resolusi 1536 x 2048 pixel. Di bahagian dalam, tablet ini menggunakan cip Apple A10 Fusion yang menawarkan 40% prestasi lebih baik berbanding iPad 9.7 sebelum ini.

Spesifikasi selebihnya adalah hampir sama dengan iPad 9.7 2017 termasuk kamera utamanya yang menggunakan sensor 8 Megapixel serta kamera hadapan 1.2 Megapixel.

Buat masa ini Apple Malaysia hanya mengumumkan harga rasmi sahaja. Tarikh jualan masih lagi tidak diketahui. Namun ia dijangka akan dipasarkan di Malaysia bermula bulan May ini.