Harga Honor 9 Lite Malaysia

Honor Malaysia baru sahaja melancarkan smartphone pertenghan dengan empat kamera, Honor 9 Lite untuk pasaran Malaysia. Ia dijual dengan harga rasmi RM749 seunit dengan pilihan warna kelabu dan biru. Ianya akan dijual secara eksklusif di Shoope Malaysia.

Gabungan Logam Dan Kaca Yang Kelihatan Lebih Premiun

Honor 9 Lite di bina berasaskan kerangka logam dan kaca untuk kelihatan lebih premium walaupun untuk pasaran peranti mampu milik. Rekaannya kelihatan sama dengan Honor 9 dengan lengkungan di setiap sisi dan bucu.

Harga Honor 9 Lite Malaysia

Di hadapannya menggunakan skrin 5.65 inci, Full HD+ dengan nisbah skrin 18:9. Ia menggunakan lapisan kaca 2.5D di skrin hadapan dan juga di bahagian belakang yang kelihatan seolah-olah cermin.

Seperti kebanyakan peranti peetengahan yang lain, Honor 9 Lite masih lagi menggunakan port microUSB 2.0 berbanding USB Type-C. Di belakngnya juga terdapat pengimbas cap jari dengan kepantasan membuka kunci sepantas 0.25 saat.

Cip Kirin 659, 3 GB RAM Dan 4-Kamera

Honor 9 Lite menggunakan Cip Kirin 659 dengan memori sebesar 32 GB dan 3 GB RAM. Cip yang sama digunakan pada Huawei Nova 2i dan juga Nova 2 Plus yang diperkenalkan sebelum ini. Honor 9 Lite juga dijalankan menggunakan EMUI 8.0 yang berasaskan Androi 8.0 Oreo terbaru.

Di bahagian dalamnya juga menggunakan bateri berkapasiti 3000mAh. Menurut Honor, peranti ini mampu bertahan sepanjang hari dengan sekali cas sahaja. Ia juga didatangkan dengan 6 fungsi penjimatan kuasa yang mampu mengoptimunkan penggunaan bateri dan prestasi.

Harga Honor 9 Lite Malaysia

Honor 9 Lite merupakan peranti ketiga dari Huawei yang menggunakan sistem empat kamera Selepas Huawei Nova 2i dan Huawei Nova 2s. Honor 9 Lite hadir dengan sensor 13 dan 2 Megapixel kamera belakang dengan sokongan PDAF yang pantas.

Untuk Selfie pula, peranti ini juga bawakan gabungan sensor 13 Megapixel dan 2 Megapixel yang membolehkan ia menghasilkan kesan bokeh untuk gambar portrait.

Harga Honor 9 Lite Di Malaysia

Honor 9 Lite akan mulakan jualan pada 9 March ini dengan harga rasmi RM749. Namun bagi yang ingin dapatkan harga promosi RM699, boleh dapatkannya melalui Shopee pada tepat jam 9 pagi, 9 March 2018 ini. Promosi harga RM699 hanya terhad pada hari tersebut sahaja.