Nubia N3

Nubia yang merupakan jenama dibawah ZTE telah mengumumkan peranti pertenghan Nubia N3 untuk pasaran China. Harganya masih lagi belum didedahkan, namun bedasarkan speaifikasinya, peranti ini dijangka akan dijual dibawah harga RM1000.

Nubia N3 membawakan skrin FullView bersaiz 5.99 inci, nisbah 18:9 dan resolusi 2160 x 1080 pixel. Di bahagian dalam, peranti ini menggunakan cip pemproses Snapdragon 625, 64 GB memori terbina serta 4 GB RAM.

Peranti yang dijalankan pada Android 7.1 Nougat juga memiliki bateri besar berkapasiti 5000 mAh. Malah, ia turut menyokong pengecasan pantas 18W.

Nubia N3 memiliki dua sensor kamera di bahagian belakangnya namun tidak dinyatakan jenis dan resolusi yang digunakan. Di bahagian depan, peranti mampu milik ini menggunakan 16 Megapaixel kamera selfie.

Nubia N3 akan mula dijual di China pada 24 March ini yang hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Obsidian Black, Space Gold dan Nebula Red. Buat masa ini tiada maklumat mengenai tarikh jualan serta harga Nubia N3 di Malaysia.