Oppo F7

Oppo F5 merupakan salah satu smartphone yang agak popular di Malaysia terutamanya bagi penggemar selfie. Setahun telah berlalu, Oppo kini telah bersedia untuk keluarkan model pengganti kepada peranti tersebut.

Terbaru, Oppo India telah keluarkan gambar acah untuk Oppo F7 dengan pemain kriket india sebagai model atau duta kepada peranti tersebut. Menariknya, model Oppo F7 yang baru ini juga akan menggunakan skrin takuk dengan rekaan yang hampir sama dengan model Oppo R15 yang akan diumumkan di China hujung bulan ini.

Bedasarkan spesifikasi yang tertiris sebelum ini, Oppo F7 akan dilengkapi dengan skrin 6.2 inci, resolusi FullHD+ dan nisbah skrin 19:9 serta peratus nisbah badan ke skrin sekitar 89.09%.

Oppo F7 juga dikatakan akan menggunakan sensor selfie dengan 25 Megapixel serta akan menggunakan fungsi Artificial Intelligence seperti yang terdapat pada Oppo F5.

Peranti ini juga dijangka hadir dengan 6GB RAM dan 128 GB memori terbina. Platform digunakan ialah Android 8.1 Oreo beserta Color OS 4.0.