Plan Digi, Maxis, UMobile Dan Celcom Untuk Samsung Galaxy S9

Samsung baru sahaja menguumumkan smartphone perdana Samsung Galaxy S9 dan Samsung Galaxy S9 Plus di MWC 2018 pada Febuary yang lalu. Malaysia antara negara yang terawal menerima peranti tersebut di pasaran tempatan. Harga Samsung Galaxy S9 dan S9+ di Malaysia bermula dari RM3299 untuk model S9 dan RM3799 untuk model S9+.

Syarikat-syarikat telekomunikasi juga sudah tentu akan mengeluarkan plan data khusus untuk Samsung Galaxy S9 dan S9+ dengan harga subsidi yang lebih murah. Di bawah ini merupakan perbandingan antara plan postpaid Digi, UMobile, Maxis dan Celcom untuk Samsung Galaxy S9.

Plan Postpaid Celcom untuk Samsung Galaxy S9

Seperti biasa, Celcom telah menwarkan empat plan Postpaid Celcom untuk Samsung Galaxy S9 iaitu Celcom First Gold, First Gold Supreme, First Platinum dan First Platinum Plus dengan harga subsidi peranti serendah RM1788.

Plan Celcom Untuk Samsung Galaxy S9

Celcom juga menawarkan data internet keseluruhan dari 40GB sehingga 100GB berserta penggunaan aplikasi sosial tanpa had, Yonder Musik tanpa had serta 100GB Video Walla untuk setiap plan.

Plan Postpaid Maxis Untuk Samsung Galaxy S9

Maxis pula tampilkan tiga plan data postpaid untuk Samsung Galaxy S9 dengan harga subsidi peranti serendah RM2099.

Plan Maxis Untuk Samsung Galaxy S9

Plan tersebut termasuk MaxisOne Plan 188, Maxis One Plan 158 dan maxis One Plan 128 yang menawarkan data sepanjang hari dari 40GB sehingga 60GB. Ketiga-tiga plan ini juga turut tawarkan panggilan dan SM percuma tanpa had.

Plan Postpaid UMobile Untuk Samsung Galaxy S9

UMobile membawakan tiga plan khusus untuk Samsung Galaxy S9 iaitu UMobile UD60, UD90 dan UD130. Dari segi jumlah kouta data yang ditawarkan, UMobile dilihat antara yang terendah dengan data internet dari 5GB untuk Plan UD60, 7GB untuk plan UD90 dan 10GB untuk plan UD130.

Plan UMobile Untuk Samsung Galaxy S9

Namun, UMobile turut menawarkan penggunaan data percuma tanpa had pada aplikasi popular termasuk Facebook, Whastapp, Youtube dan sebagainya melalui pakej Apps-Onz, Muzic-Onz dan Video-Onz.

Plan Postpaid Digi Untuk Samsung Galaxy S9

Digi juga membawakan tiga plan dengan komitmen bulanan dari RM90 sehingga RM120 melalui plan Digi Postpaid 80 dengan GBoost, Digi Postpaid 110 dan Digi Postpaid 110 dengan GBoost. Digi juga menawarakan data internet dari 30GB sehingga 60GB dengan kos panggilan percuma tanpa had.

Plan Digi Untuk Samsung Galaxy S9