Harga Asus Zenfone 5 Malaysia

Asus baru sahaja melancarkan siri baru Asus Zenfone 5 yang terdiri daripada model perdana dan dua model pertenghan. Model yang diperkenalkan termasuk Asus Zenfone 5 dan 5Z serta Asus Zenfone 5 Lite yang ditawarkan dengan 4 kamera.

Asus ZenFone 5 Dan 5z

Asus Zenfone 5 dan 5z berkongsi banyak persamaan dari segi reka bentuk dan spesifikasi. Beza ketaranya hanyalah pada CPU dan memori dimana ZenFone 5z mengfokuskan pada model perdana dengan cip berkuasa Snapdragon 845, RAM sehingga 8 GB dan memori terbina sehingga 256 GB.

Bagi Asus Zenfone 5 pula fokus pada pasaran peranti pertenghan yang menawarkan CPU Snapdragon 636, RAM sehingga 6 GB dan 64GB memori dalaman. Spesifikasi selebihnya adalah sama untuk kedua-kedua peranti ini.

Harga Asus Zenfone 5z Malaysia

Di bahagian hadapan Asus Zenfone 5/5z menawarkan skrin besar bersaiz 6.2 inci dengan resokusi 1080 x 2246 pixel. Memandangkan skrinya memiliki takok seperti iPhone X, ia menggunakan nisbah skrin 18.5:9 yang lebih memanjang.

Zenfone 5/5z juga menggunakan dual kamera di belakang. Sensor utama mengguakan 12 Megapixel, F1.8 manakala sensor kedua menggunakan 8 Megapixel, F2.0. Kamera utamanya juga memiliki Gyro EIS untuk gambar yang lebih stabil tanpa gegaran serta mampu membuat rakaman video 4K. Kamera selfie pula dipadankan dengan lensa 8 Megapixel.

Baca juga : Spesifikasi penuh Asus Zenfone 5z, Asus Zenfone 5 dan Asus Zenfone 5 Lite.

Melalui Asus ZenUI 5.0 yang berasaskan Android 8.0 Oreo, Asus turut menawarkan teknologi “AI” untuk pengurusan bateri yang lebih efektif melalui AI Boost. AI Photo Learning pula untuk menentukan mod dan aturan yang sesuai bagi setiap photo yang diambil. Asus juga memperkenalkan ZenMoji iaitu animasi emoji dengan fungsi yang agak sama seperti Animoji yang terdapat pada iPhone X.

Asus Zenfone 5 Lite

Bagi Asus Zenfone 5 Lite pula agak berbeza dengan Zenfone 5 dan 5Z. Tiada takuk pada skrinnya, tetapi masih lagi menggunakan skrin FullView bersaiz 6.0 inci dengan resolusi FullHD+.

Harga Asus Zenfone 5 Lite Malaysia

Menarik untuk peranti ini ialah hadir dengan 4 kamera. Dua di bahagian belakang menggunakan sensor 16 Megapixel F2.2 dan sensor 8 Megapixel dengan sudut lebar 120 darjah. Untuk selfie pula menawarkan sensor 20 Megapixel dan juga sensor 8 Megapixel.

Di bahagian dalam, peranti ini menawarkan pemproses Snapdragon 630 dengan pilihan memori 64GB / 4 GB RAM atau 32 GB / 3 GB RAM. Peranti ini juga menggunakan Asus ZenUI 5.0 yang berasaskan Android 8.0 Oreo.

Harga Asus ZenFone 5, 5z Dan 5 Lite

Buat masa ini tiada maklumat mengenai harga siri Asus Zenfone 5 di Malaysia. Semasa pelancaran, Asus hnya mendedahkan mengenai harga Asus Zenfone 5z yang bermula dari USD499 atau sekitar RM2000.

Ianya mungkin harga tawaran yang agak murah untuk peranti perdana dengan cip snapdragon 845. Jangkaan kami untuk harga Asus Zenfone 5 pula sekitar RM1899 manakala Zenfone 5 Lite pula berada sekitar RM1499. Anda boleh semak harga Asus Zenfone 5 terkini sekiranya peranti ini telah berada di pasaran Malaysia kelak.