Huawei Y9 (2018) Malaysia

Huawei telah mengumumkan peranti mid-range yang baru dengan nisbah skrin 18:9, bersaiz 5.93 inci serta dengan resolusi FHD+ 2160 x 1080 pixel. Model tersebut ialah Huawei Y9 versi 2018 dengan 4 kamera dan juga bateri berkapasiti besar.

Di bahagian dalam, Huawei Y9 (2018) menggunakan cip Kirin 659 iaitu cip yang sama digunakan pada Huawei Honor 9 Lite yang kini di Malaysia dengan harga RM749. Memorinya menggunakan 3 GB RAM dan 32 GB memori terbina serta sokongan slot microSD.

Peranti ini bukan model pertama dari Huawei yang menggunakan 4 kamera. Huawei Nova 2i dan Honor 9 Lite juga menggunakan sistem 4 kamera yang sama. Bagi Huawei Y9 (2018), kamera digunakan adalah sama seperti Nova 2i dengan lensa 16MP dan 2MP di bahagian belakang dan lensa 13MP dan 2MP untuk selfie.

Huawei Y9 (2018) dijalankan menggunakan platform terkini Android 8.0 Oreo dengan antaramuka EMUI8.0. Ia juga hadir dengan kapasiti bateri sebesar 4000 mAh. Ia juga bakal hadir dalam tiga pilihan warna hitam, biru dan emas.

Huawei Y9 (2018) akan memasuki pasaran Thailand tidak lama lagi, namun harga rasminya masih lagi belum diketahui. Bedasarkan spesifikasinya, peranti ini mungkin dijual dibawah harga RM1000 sekiranya memasuki pasaran tempatan.