Harga Wiko Tommy3 Malaysia

Bagi yang sedang mencari smartphone mampu milik, anda boleh pertimbangkan untuk dapatkan model terbaru Wiko Tommy3 dengan harga di Malaysia serendah RM329.

Peranti ini akan dijual bermula 5 March ini yang memiliki pelbagai ciri-ciri menarik. Antaranya termasuk skrin FullView dengan nisbah 18:9 bersaiz 5.45 inci pada resolusi 960 x 480 pixel.

Di bahagian dalam, smartphone mampu milik ini bawakan CPU Quad-Core 1.3 Ghz dengan 16 GB memori terbina serta 1 GB RAM serta sokongan slot microSD yang boleh ditampung sehingga 128 GB.

Peranti yang dijaalankan menggunakan Android 7.1 Nougat ini juga memiliki bateri berkapasiti 2500 mAh, sokongan dua microSIM serta sambungan 4G LTE dengan kepantasan muat turun sehingga 150 Mbps.

Harga Wiko Tommy3 Malaysia

Wiko Tommy 3 hadir dengan kamera tunggal di belakang dengan sensor 8 Megapixel lengkap dengan LED Flash. Mod fotografi yang hadir termasuk mod profesional, Burst, Auto HDR, Time Lapse, Portait, Face beauty dan sebaginya. Kamera hadapan pula menawarkan sensor 5 Megapixel dengan selfie Flash.

Harga Wiko Tommy3 di malaysia serendah RM329 termasuk GST yang boleh didapati dari pengedar rasmi Wiko di seluruh negara.