Harga Apple Iphone 8 Red Malaysia

Apple baru sahaja mengumunkan Apple iPhone 8 dan Apple iPhone 8 Plus Product Red Special Edition yang hadir dalam warna merah di bahagian sisi dan belakang. Manakala kaca hadapan pula dengan warna hitam yang lebih menawan berbanding menggunakan warna putih seperti iPhone 7 Product Red sebelum ini.

Namun malangnya, versi product Red ini tidak terdapat pada iPhone X. Apple hanya mengeluarkan Folio Case kulit berwarna merah untuk peranti premium tersebut.

Sepertimana yang telah kita tahu, Product Red adalah sebagai salah satu langkah untuk tingkatkan kesedaran dan dana untuk membantu hapuskan HIV dan AIDS. Sebahagian keuntungan dari Product Red ini akan didermakan ke organisasi berkaitan HIV dan AIDS.

Apple iPhone 8 bewarna merah ini akan mula dipasarkan pada 13 April ini dan Case iPhone X akan dijual pada 10 April. Buat masa ini tiada maklumat mengenai harga Apple iPhone 8 Product Red Special Edition di Malaysia dan juga tarikh jualannya.