Samsung Galaxy A6 (2018)

Samsung dijangka akan melancarkan dua model pertenghan iaitu Samsung Galaxy A6 dan A6+ (2018) tidak lama lagi. Ianya merupakan dua model baru dengan spesifikasi dan harga yang lebih rendah berbanding Galaxy A8 yang diperkenalkan sebelum ini.

Terbaru, gambar penuh dan spesifikasi untuk kedua-dua model ini telah tertiris di internet yang menampilkan tiga pilihan warna termasuk biru, emas dan hitam. Rekaan belakangnya seolah-olah Samsung Galaxy J7 Pro (2017) manakala susunan kamera seperti smartphone premium Samsung Galaxy S9 dan S9+.

Seperti Galaxy A8 (2018) yang diperkenalkan sebelum ini, Galaxy A6 yang baru ini juga akan hadir dengan dua variasi saiz skrin yang berbeza. Begitu juga dengan lensanya yang menggunakan kamera tunggal pada Galaxy A6 dan dual-kamera pada model A6+.

Samsung Galaxy A6 (2018)

Samsung Gaalaxy A6 akan bawakan skrin Super AMOLED bersaiz 5.6 inci dengan resolusi 1080 x 2220 pixel. Di bahagian dalam peranti ini dijangka akan menggunakan pemproses Exynos 7870 dengan CPU Octa-Core 1.6Ghz dan GPU Mali-T830 Mp1. Ia juga akan hadir dengan memori 32GB serta 4 GB RAM.

Bagi Samsung Galaxy A6+ pula bakal hadir dengan skrin yang lebih besar iaitu 6.0 inci dengan resolusi 1080 x 2220 pixel. Samsung berkemungkinan akan bawakan CPU yang sama untuk peranti ini dengan cip Exynos 7870 yang hadir dengan 64GB memori dalaman serta 4GB RAM. Sensor kamera yang digunakan masih lagi belum diketahui.

Mengenai harga Samsung Galaxy A6 dan A6+ di Malaysia, model Galaxy A8 dan A8+ dijual pada harga RM1799 dan RM2499. Jadi untuk kedua-dua model ini sudah tentu akan dijual pada harga sekitar RM1299 hingga RM1499.