Harga Huawei P20 dan P20 Pro Malaysia

Akhirnya Huawei Malaysia telah melancarkan smartphone super premium dengan sistem kamera terbaik, Huawei P20 dan Huawei P20 Pro untuk pasaran Malaysia. Harga Huawei P20 di Malaysia ialah RM2599 manakala untuk versi P20 Pro berharga RM3299.

Huawei P20 dan P20 Pro telah mendapat penarafan tertinggi DXOMark untuk fotografi mengalahkan peranti-peranti premium yang lain seperti Samsung Galaxy S9, Apple iPhone X dan juga Google Pixel 2.

Sedikit mengenai spesifikasi Huawei P20 dan P20 Pro yang memiliki banyak persamaan termasuk rekaannya yang hampir sama, menggunakan CPU Kirin 970, 128GB memori serta 6 GB RAM.

Perbezan ketaranya pada sistem kamera dimana model P20 Pro membawakan tiga lensa belakang termasuk 40MP lensa utama, 20MP lensa monochrome dan 8MP lensa telefoto. Manakala Huawei P20 pula hadir dengan dwi lensa belakang dengan sensor 12MP dan 20MP. Kedua-dua peranti ini menggunakan kamera selfie yang sama iaitu 24 Megapixel.

Harga Huawei P20 dan P20 Pro Malaysia

Untuk saiz skrin, Huawei P20 hadir dengan skrin 5.8 inci, skrin bertakuk dengan resolusi 1080 x 2244 pixel. Model P20 Pro pula hadir dengan skrin yang lebih besar dengan 6.1 inci pada resolusi yang sama.

Seperti yang dinyatakan, Harga Huawei P20 di Malaysia akan ditawarkan pada harga RM2599 manakala model P20 Pro pada harga RM3299. Jualan akan dimulakan bermula 6 April 2018 dari pengedar rasmi Huawei termasuk SengHeng serta syarikat telco seperti Digi, Celcom dan Maxis.