Harga Nokia 1 Malaysia

Selain Nokia 7 Plus, Nokia turut memperkenalkan model mampu milik Nokia 1 yang dikuasai oleh Android Go. Harga Nokia 1 di Malaysia serendah RM339 yang hadir dalam warna biru gelap dan merah.

Bagi yang masih belum tahu, Android Oreo (Go Edition) merupakan platform khas untuk smartphone mampu milik yang lebih ringan, pantas dan penggunaan memori yang lebih kecil. Seiring dengan platform tersebut Google telah bawakan benerapa aplikasi khas termasuk Gmail Go, Files Go, Maps Go dan banyak lagi.

Mengenai spesifikasi Nokia 1, peranti ini hadir dengan skrin 4.5 inci dengan resolusi 480 x 854 pixel. Memori digunakan agak kecil dengan 8 GB ROM dan 1 GB RAM. Selain itu, peranti ini turut dikuasai cip Mediatek MT6737M dengan CPU Quad Core dan Mali-T720 cip GPU.

Harga Nokia 1 Malaysia

Menurut Nokia, peranti mampu milik ini mampu beetahan sehingga 360 jam waktu sedia dengan bateri Li Ion 2150 mAh yang boleh ditukar ganti. Nokia 1 tidak memiliki pengimbas cap jari. Namun dengan adanya rangkaian 4G LTE menawarkan internet pantas dan boleh jadikan sebagai Broadband melalui fungsi Hotspot memandangkan harganya yang murah.

Kameranya menggunakan sensor 5 Megapixel di belakang manakala untuk selfie hanya menggunakan lensa 2 Megapixel. Di Malaysia, peranti ini akan ditawarkan bermula 13 April di Nokia Store seluruh Malaysia pada harga serendah RM339.