Harga Nokia 7 Plus Malaysia

Satu lagi model Nokia hadir di pasaran Malaysia iaitu Nokia 7 Plus yang merupakan model pertama dari Nokia dengan skrin FullView. Di Malaysia, peranti tersebut dijual dengan harga RM1699 dan pasaran akan bermula 20 April ini.

Nokia 7 Plus mula diumumkan Febuari lalu menawarkan spesifikasi pertenghan premium. Ianya merupakan salah satu model AndroidOne yang menawarkan Android tulen pada versi terkini 8.0 Oreo.

Terdapat dua pilihan warna hitam dan putih dengan kemasan warna gangsa di sisi. Di depannya peranti ini hadir dengan skrin 6.0 inci, FullView dengan resolusi 1080 x 2160 pixels.

Di bahagian dalamnya, smartphone premium ini menggunakan cip Snapdragon 660 dengan kemampuan CPU lapan teras serta GPU Adreno 512. Model baru ini juga hadir dengan 64GB memori dalaman, 4 GB RAM, sokongan slot microSD serta bateri Li-Ion 3800 mAh dengan sokongan pengecasan pantas.

Harga Nokia 7 Plus Malaysia

Untuk kamera, Nokia 7 Plus tampilkan dua kamera di belakang dengan 12MP dan 13MP sensor beserta kanta optik dari Zeiss. Kamera utamanya juga berkebolehan 2X optikal zoom, rakaman video 2160p pada 30fps. Manakala untuk sefie, peranti ini hadir dengan 16 Megapixel yang juga dilengkapi dengan Zeiss optik.

Seperti yang telah diberitahu, Harga Nokia 7 Plus ialah RM1699. Ia boleh didapati dari pengedar rasmi Nokia berhampiran dan juga kedai atas talian sepeeti Lazada dan juga Shopee.