Xiaomi Mi A1 merupakan peranti pertama AndroidOne dari Xiaomi yang agak popular di Malaysia. Ia mula dijual pada September 2017 lalu dengan harga jualan RM1099. Tujuh bulan telah berlalu, kini harga Xiaomi Mi A1 lebih murah di Lazada iaitu serendah RM799.

Sebagai sebuah peranti AndroidOne, Xiaomi Mi A1 memiliki kelebihan kepada kemaskini sistem Android yang lebih pantas. Xiaomi juga telah memberi jaminan bahawa peranti ini akan menerima kemaskini sehingga Android P yang masih lagi belum diumumkan.

Untuk harga serendah RM799, Mi A1 menawarkan skrin bersaiz 5.5 inci dengan resolusi 1080p. Ia juga menggunakan pemproses Snapdragon 625, 32GB memori dalaman, 4GB RAM serta bateri 3080 mAh.

Dapatkan Harga Xiaomi Mi A1 Melalui Lazada Malaysia Beli Sekarang

Peranti dengan Android 8.1 Oreo terbaru ini juga memiliki dual kamera di belakngnya dengan sensor 12 Megapixel yang sama pada aperture F2.2 dan F2.6. Untuk selfie pula peranti ini dimuatkan dengan lensa 5 Megapixel.

Walaupon Xiaomi Mi A1 telah berada di Malaysia sejak September 2017, peranti ini dilihat masih lagi berbaloi untuk dimiliki sekarang apatah lagi harganya yang telah diturunkan sehingga RM799 dan mendapat jaminan kemaskini sehingga Android P.

Bagi yang berminat untuk dapatkan Xiaomi Mi A1 boleh membelinya di laman Lazada Malaysia pada harga RM799.