Honor 10 Malaysia

Honor yang merupakan jenama dibawah Huawei akan mengadakan satu majlis khas pada 19 April ini bagi memperkenalkan siri Smartphone Honor 10.

Masih berbaki beberapa hari lagi sebelum diumumkan, Honor telah mengelauarkan gambar promo awal yang menunujukan Honor 10 akan dikengkapi dengan dual-lensa beserta teknologi AI, warna pilihan Twilight seperti yang terdapat pada Huawei P20 dan sudah tentunya skrin takuk.

Mengenai spesifikasi Honor 10, ia dijangka akan hadir dengan spesifikasi yang hampir sama dengan Huawei P20 iaitu dengan 5.8 inci skrin, cip Kirin 970, dual kamera 12 Megapixel dan 20 Megapixel serta pilihan memori sehingga 128 GB dan 6 GB RAM.

Honor juga akan mengadakan satu lagi majlis pada 15 May ini di London. Namun buat masa ini tidak diketahui model smartphone yang akan diperkenalkan. Mungkin salah satu variasi Honor 10.