Nokia 1 Dan Nokia 7 Plus Malaysia

Mesti ramai yang ternanti-nanti model terbaru Nokia memasuki pasaran tempatan. Kini ada maklumat terkini untuk anda dimana Nokia akan membawa masuk dua model ke pasaran Malaysia pada 10 April ini iaitu Nokia 1 dan Nokia 7 Plus.

Buat masa ini, Nokia masih lagi belum mengumumkan harga rasmi untuk kedua-dua model tersebut. Nokia 1 sudah tentu akan dijual dengan harga yang lebih rendah, mungkin sekitar RM300 manakala Nokia 7 Plus dijangka sekitar RM2000. Nantikan harga rasmi pada 10 April ini.

Sedikit mengenai spesifikasi Nokia 1 yang merupakan peranti pertama yang menggunakan platform AndroidGo dengan versi 8.0 Oreo. Androd Go merupakan platform khas untuk smartphone kelas permulaan yang lebih ringan dan pantas.

Nokia 1 juga hadir dengan skrin kecil 4.5 inci, 8 GB memori dalaman serta 1 GB RAM. Kamera digunakan termasuk lensa 5 Megapixel di bahagian belakang dan 2 Megapixel kamera selfie. Peranti ini juga dimuatkan dengan bateri Li-Ion 2150 mAh serta sokongan Dual SIM.

Untuk Nokia 7 Plus pula model pertama dari Nokia yang menggunakan skrin FullView yang bersaiz 6.0 Inci. Ia menggunakan cip Snapdragon 660, 64 GB memori dalaman serta 4 GB RAM.

Untuk kamera, Nokia 7 Plus hadir dengan dual lensa 12 Megapixel F1.75 dan 13 Megapixel F2.6 dengan fungsi Gyro EIS, 2X Optikal Zoom dan menggunakan kanta Carl Zeis. Kamera hadapan pula menggunakan lensa 16 Megapixel F2.0.