Nokia X6 Malaysia

HMD Global dilaporkan akan melancarkan model pertengahan baru pada 27 April ini pada satu majlis khas yang akan berlangsung di China. Model tersebut ialah Nokia X6 yang akan berada diantara Nokia 6 (2018) dan Nokia 7 Plus.

Untuk maklumat anda, Nokia X6 yang asal pernah dikeluarkan pada tahun 2009 yang menggunakan Symbian OS, skrin 3.2 inci dan 5 Megapixel kamera utama. Model baru yang akan diumumkan ini merupakan model kemunculan semula kepada Nokia X6 yang asal.

Bedasarkan sumber, Nokia X6 bawakan skrin bersaiz 5.8 inci tanpa bezel dengan nisbah skrin 19:9. Peranti ini akan bawakan dua variasi memori dan CPU iaitu 6 GB RAM yang hadir Snapdragon 636 dan 4 GB RAM yang hadir dengan Mediatek P60.

Nokia X6 juga akan hadir dengan susunan dual kamera di belakang dengan sentuhan kanta Carl Zeiss. Namun sensor yang digunakan tidak diketahui.

Peranti dengan platform Android 8.0 Oreo ini dijangka hadir dengan tanda harga 1599 Yuan (≈RM999) untuk model Mediatek P60 dan 1799 Yuan (≈RM1199) untuk model Snapdragon 636. Maklumat lebih lanjut mengenai peranti ini akan menyusur pada 27 April ini.