Harga Oppo A3 Malaysia

Bulan lepas Oppo telah memperkenalkan model dari siri bari iaitu Oppo A1 yang memgfokuskan kepada peranti mampu milik. Ia memiliki spesifikasi pertenghan namun beberapa fungsi digugurkan seperti penggunaan hanya satu kamera belakang dan tanpa pengimbas cap jari.

Terbaru, Oppo telah keluarkan satu lagi model dari siri yang sama iaitu Oppo A3. Dari segi rekaan dan spesifikasi, peranti ini tidak ubah seperti Oppo F7 yang baru diperkenalkan di Malaysia pada harga RM1399. Namun beberapa spesifikasi di turun taraf seperti kamers selfie yang hanya menggunakan sensor 8 Megapixel serta tiada pengimbas cap jari.

Spesifikasi Oppo A3

  • Hadir dengan skrin takuk bersaiz 6.2-Inci dan resolusi 1080 x 2280 pixels (FHD+).
  • Dikuasai cip┬áMediatek Helio P60, 4GB RAM dan 126GB memori dalaman.
  • Kamera utama 16 Megapixel (F1.8) dan kamera selfie 8 Megapixel (F2.2)
  • Guna Android 8.1 (Oreo) dan bateri Li-Ion 3400 mAh.

Untuk skrin hadapan, peranti ini hadir dengan paparan 6.2 inci, skrin takuk dengan resolusi 1080 x 2280 pixel. Oppo A3 dikuasai dengan cip MediaTek Helio P60, 4GB RAM serta storan dalaman yang agak besar iaitu 128GB.

Harga Oppo A3 Malaysia

Kamera utama menggunakan sensor tunggal dengan 16 Megapixel, F18 manakala kamera selfie menggubakan sensor 8 Megapixel F2.2. Peranti dengan Android 8.1 Oreo terbina ini juga dimuatkan dengan bateri Li-Ion 3400 mAh dan sokongan dual-SIM pada rangkaian LTE.

Harga Oppo A3

Peranti ini akan mulakan jualan di China dengan harga CNY2,099 atau bersamaan dengan RM1299. Ia akan hadir dengan 4 pulihan warna termasuk merah, merah jambu, hitam dan perak. Buat masa ini tiada maklumat mengenai tarikh jualan atau harga Oppo A3 di Malaysia.