Plan Data Digi Untuk Huawei P20

Huawei P20 dan P20 Pro telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Ia telah memasuki pasaran tempatan mulai 6 April 2018 dengan harga RM2599 untuk Huawei P20 dan RM3299 untuk model P20 Pro.

Digi antara yang terawal menawarkan plan data untuk Huawei P20 dengan harga subsidi peranti yang lebih murah. Untuk kedua-dua model tersebut, Digi menawarkan empat plan data termasuk Digi Postpaid 250 Family, Digi Postpaid 150 Family, Digi Postpaid 110 dan Digi Postpaid 80.

Melalui plan tersebut, Huawei P20 Dan P20 Pro boleh didapati dengan harga serendah RM959 untuk model P20 dan RM1119 untuk P20 Pro dengan penjimatan melebihi 50%. Untuk perbandingan plan data Digi untuk Huawei P20 dan P20 Pro seperti di bawah.

Plan Data Digi Untuk Huawei P20

Plan Data Digi Untuk Huawei P20 Pro

Melalui keempat-empat plan tersebut, Digi turut menawarkan peranti dalam pilihan warna hitam dan biru sahaja. Untuk maklumat lanjut mengenai plan data digi untuk Huawei P20 dan P20 Pro boleh layari laman rasmi Digi.