Harga Oppo F7 Malaysia

Bagi yang sedang menantikan model terkini Oppo F7 ke Malaysia, kini ada berita baik untuk anda. Oppo Malaysia baru sahaja melancarkan Oppo F7 untuk pasaran tempatan dengan harga jualan RM1399.

Peranti yang menfokuskan pada kamera selfie tersebut sudah boleh didapati di pasaran mulai hari ini di Shopee atau pengedar rasmi Oppo seluruh Malaysia.

Spesifikasi Oppo F7

Berbanding model sebelum ini Oppo F5, model baru ini menawarkan rekaan yang lebih besar iaitu dengan 6.23-inci skrin takuk beresolusi 1080 x 2280 pixel. Di Malaysia, peranti ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna termasuk merah, hitam dan kelabu.

Harga Oppo F7 Malaysia

Prestasinya juga telah ditingkatkan berbanding sebelum ini. Kini, Oppo F7 menggunakan cip Mediatek Helio P60 dengan Octa-Core CPU, 4 GB RAM serta 64 GB memori terbina. Peranti ini juga menyokong slot microSD sehingga 256GB serta bateri Li-Ion 3400 mAh.

Kamera selfie menjadi “Selling Point” untuk peranti baru ini. Dengan sensor 25Megapixel serta gabungan teknologi AI sudah tentu peranti ini menawarkan gambar selfie yang cantik. Kamera belakangnya pula, Oppo mengekalkan kamera 16 Megapixel F1.8 seperti yang terdapat pada Oppo F5.

Antara fungsi lain yang terdapat pada peranti ini termasuk pengimbas cap jari di hadapan, sokongan dual nano-SIM dengan rangkaian LTE, FM Radio serta menggunakan antaramuka ColorOS 5.0 yang berasaskan Android 8.1 Oreo terkini.

Harga Oppo F7 Malaysia

Seperti yang telah dinyatakan, Harga Oppo F7 di Malaysia ialah RM1399 untuk model 64 GB/4 GB RAM. Buat masa ini tiada maklumat mengenai harga Oppo F7 untuk model 128GB untuk pasaran tempatan. Peranti ini boleh di dapati di kedai rasmi Oppo di Shoppe dan Lazada Malaysia.

Setiap pembelian melalui Shoppe, akan menerima Bluetooth Headphone, OPPO F7 Phone Case dan Ring Holder secara percuma.