Xiaomi Redmi Note 5 Pro Malaysia

Akhirnya peranti yang dinantikan ramai telah hadir ke pasaran tempatan yang boleh didapati bermula 5 May 2018 ini melalui Lazada Malaysia. Xiaomi Redmi Note 5 akan dijual pada harga dari RM799 untuk model 32GB/3GB RAM dan RM999 untuk model 64GB/4GB RAM.

Redmi Note 5 bukanlah sebuah peranti yang mantap. Namun peranti dari siri Redmi Note ini sentiasa dianggap “raja” untuk kategori smartphone mid-range dibawah RM1000. Ia menawarkan rekaan yang premium, spesifikasi yang bagus pada harga yang lebih murah berbanding pesaingnya.

Spesifikasi Xiaomi Redmi Note 5 Pro

Rekaannya tidak asing lagi bagi kita. Ia agak mirip dengan iPhone X dengan susunan dual kamera secara menegak di bahagian belakang. Peranti ini membawakan empat pilihan warna termasuk hitam, emas, merah jambu dan biru. Namun di Malaysia mungkin warna emas dan hitam yang dibawa masuk.

Xiaomi juga bawakan skrin yang lebih besar untuk peranti ini dengan saiz 5.99 inci dan resolusi 1080 x 2160 pixel serta perlindungan dari Corning Gorilla Glass.

Harga Xiaomi Redmi Note 5 Pro Malaysia Harga Xiaomi Redmi Note 5 Pro Malaysia
Harga Xiaomi Redmi Note 5 Pro Malaysia Harga Xiaomi Redmi Note 5 Pro Malaysia
Harga Xiaomi Redmi Note 5 Pro Malaysia Harga Xiaomi Redmi Note 5 Pro Malaysia
Xiaomi Redmi Note 5 Pro

Di bahagian dalam, peranti mid-range terbaik ini bawakan pemproses Snapdragon 636 dengan CPU Octa-Core 1.8 Ghz dan GPU Adreno 509. Buat masa ini, tiga model popular yang telah menggunakan cipset yang sama iaitu Asus Zenfone 5 ZE620Kl dan model yang juga akan diumumkan pada bulan hadapan iaitu Asus ZenFone Max Pro M1.

Terdapat dua pilihan memori dalaman untuk pasaran Malaysia iaitu 32GB/3GB RAM dan juga 64GB/4GB RAM. Masih kekurangan memori?. Peranti ini turut menawarkan slot microSD yang boleh diisi sehingga 256GB.

Xiomi Redmi Note 5 Pro menawarkan dual lensa di bahagian belakang dengan sensor 12 Megapixel dan 5 Megapixel serta menyokong teknologi AI. Bagi yang gemar berselfie, peranti ini menyediakan kamera 13 Megapixel serta LED Flash hadapan untuk gambar portrait yang lebih cerah dan jelas. Spesifikasi sepenuhnya seperti dibawah.

Spesifikasi Xiaomi Redmi Note 5 Pro
Platform Android 8.0 (Oreo)
Pemproses Qualcomm SDM636 Snapdragon 636, Octa-Core 1.8 GHz Kryo 260
Memori
  • 64 GB Memori Dalaman dan 4 GB RAM
  • 32 GB Memori Dalaman dan 3 GB RAM
Paparan IPS LCD 5.99 inci, 1080 x 2160 pixels (FHD+)
Kamera Utama
  • Dual 13 Megapixel (F2.2) + 5 Megapixel (F2.0)
  • Phase Detection Auto-Focus
  • Perakam video 1080p@30fps
Kamera Depan 13 Megapixel (F2.0), LED Flash
Ciri-Ciri
  • Bateri Li-Po 4000 mAh dengan teknologi pengecasan pantas.
  • Sambungan 4G LTE Dengan Dual-SIM
  • Pengimbas Cap Jari di bahagian belakang
  • Port microUSB 2.0, InfraRed
Harga Di Malaysia
  • RM799 untuk model 32GB
  • RM999 untuk model 64GB
Model Pesaing
Kelebihan
  • Smartphone dengan pemproses berkuasa Qualcomm SDM636 Snapdragon 636 untuk prestasi yang lebih baik.
  • Skrin besar bersaiz 5.99 inci dengan nisbah 18:9 dan resolusi 1080 x 2160 pixels (FHD+).
  • Jumlah RAM yang tinggi meningkatkan kepantasan dan fungsi multi-tasking yang lebih efektif.
  • Rekaan premium dengan kerangka aluminium berkualiti bewarna hitam, emas, biru dan merah jambu.
  • Sistem kamera yang lebih baik dengan fungsi Dual-Kamera, PDAF, Beautify 4.0 dengan teknologi AI serta berkebolehan menghasilkan bokeh seakan-akan kamera DSLR.
  • Bateri dengan kapasiti besar 4000 mAh serta sokongan pengecasan pantas 5V/2A
  • Sistem membuka kunci dengan pengencaman wajah.
  • Harganya yang mampu milik serendah RM799
Kekurangan
  • Bateri Yang Tidak Boleh Ditukar.
  • Tidak menggunakan port USB Type-C
Dapatkan Smartphone Xiaomi Redmi Note 5 Pro Melalui Lazada Malaysia Beli 

Harga Xiaomi Redmi Note 5 Pro

Seperti yang telah dinyatakan, Harga Xiaomi Redmi Note 5 di Malaysia bemula RM799 untuk model 32GB. Bagi yang inginkan ruang memori yang lebih besar boleh dapatkan model 64GB pada harga RM999. Jualan rasmi akan bermula 5 May ini yang boleh dibeli melalui Lazada Malaysia.