Harga Samsung Galaxy J2 Pro Malaysia

Samsung Malaysia baru sahaja mengeluarkan satu lagi model mampu milik untuk pasaran tempatan. Peranti tersebut ialah Samsung Galaxy J2 Pro (2018) yang hadir dengan skrin AMOLED untuk paparan yang lebih jelas dan terperinci.

Samsung Galaxy J2 Pro akan dijual dengan harga RM499 mulai 6 April 2018 dan hadir dalam empat pilihan warna termasuk hitam, biru, emas dan merah jambu. Ia boleh didapati dari pengedar rasmi Samsung bermula tarikh tersebut.

Untuk sebuah model mampu milik, penggunaan skrin Super AMOLED adalah luar biasa. Ia kerana skrin tersebut kebanyakan digunakan pada model perdana sahaja. Galaxy J2 Pro membawakan skrin bersaiz 5.0 inci dan resolusi 540 x 960 pixel.

Di bahagian dalamnya, peranti kecil ini menggunakan cip pemproses Snapdragon 425 dengan kemampuan CPU Quad-Core 1.4 Ghz, 16 GB memori terbina serta 1.5 GB RAM. Slot microSD juga tersedia bagi yang memerlukan memori tambahan.

Samsung Galaxy J2 Pro juga menggunakan platform Android 7.1 Nougat dengan bateri Li-Ion 2600 mAh, sokongan Dual-SIM pada rangkaian 4G LTE. Malangnya tiada pengmbas cap jari pada smartphone baru ini.

Sisten kamera yang digunakan agak biasa dengan lensa 8 Megapixel F2.2, LED Flash, sokongan mod HDR, perakam video 1080p serta lensa selfie 5 Megapixel di hadapan.