Smartphone Terbaik April 2018

Bulan April 2018 menampilkan tujuh peranti yang telah memasuki pasaran Malaysia dari model mampu milik hinggalah ke model premium. Model-model tersebut termasuk Xiaomi Redmi Note 5 Pro, Nokia 7 Plus, Nokia 1, Oppo F7, Huawei P20, Huawei P20 Pro dan juga vivo Y71.

Antara kesemua model ini, tiga model boleh dikatakan antara yang popular dan banyak diperkatakan. Oppo F7 agak popular untuk penggemar selfie dengan lensa selfie 25 Megapixel dengan teknologi AI. Huawei P20 Pro pula merupakan smartphone fotografi terbaik yang ada dipasaran sekarang ini. Manakala Xiaomi Redmi Note 5 Pro pula menawarkan peranti pertenghan terbaik pada harga mampu milik.

Xiaomi Redmi Note 5 Pro, Raja Smartphone Pertengahan

Xiaomi Redmi Note 5 Pro merupakan salah satu model pertengahan yang amat dinantikan. Seperti juga model dari siri Redmi Note sebelum ini, Xiaomi tidak pernah mengecewakan peminatnya dalam menawarkan smartphone terbaik pada harga mampu milik.

Smartphone Terbaik April 2018 Redmi Note 5 Pro Malaysia

Xiaomi Redmi Note 5 Pro baru sahaja dilancarkan dan akan mula dipasaran Malaysia mulai 5 May ini. Terdapat dua variasi ditawarkan iaitu 32GB/3GB RAM yang berharga RM799 dan model 64GB/4GB RAM berharga RM999.

Untuk spesifikasinya, peranti ini menawarkan skrin bersaiz 5.99 inci, resolusi 1080 x 2160 pixel dan bateri Li-Po 4000 mAh dengan pengecasan pantas 5V/2A. Ia juga dikuasai cip Snapdragon 636 manakala untuk kamera utama hadir dengan lensa 12MP dan 5MP. Kamera selfie pula menggunakan lensa 13 Megapixel.

Oppo F7, Smartphone Selfie 25 MP Dengan Teknologi AI

Bagi yang gemar mengambil gambar selfie sudah tentu Oppo F7 menjadi pilihan. Peranti ini menawarkan lensa 25 Megapixel kamera selfie dengan teknologi AI. Kamera utama di bahagian belakangnya pula menggunakan lensa 16 Megapixel.

Smartphone Terbaik April 2018 Oppo F7

Smartphone dengan skrin 6.23-inci ini dikuasai dengan cip Mediatek Helio P60 dengan Octa-Core CPU, sehingga 6 GB RAM serta 128 GB memori terbina. Peranti ini juga menyokong slot microSD sehingga 256GB serta bateri Li-Ion 3400 mAh.

Harga Oppo F7 di Malaysia ialah RM1399 untuk model 64GB/4GB RAM manakala untuk model 128GB / 6GB RAM pula dijual dengan harga RM1699. Oppo F7 telah dipasran Malaysia mulai 19 April 2018 bagi model 128GB akan ke pasaran pada 28 April 2018.

Huawei P20 Pro, Smartphone Kamera Terbaik Di Pasaran

Huawei P20 Pro merupakan model premium terbaik bagi yang mementingkan kepada fotografi. Peranti ini mendapat penarafan tertinggi DXOMark untuk fotografi mengalahkan smartphone premium yang lain seperti Samsung Galaxy S9Apple iPhone X dan juga Google Pixel 2.

Smartphone Terbaik April 2018 Huawei P20 Pro

Kameranya menggunakan tiga lensa di bahagian belakang dengan sensor 40MP lensa utama, 20MP lensa monochrome dan 8MP lensa telefoto. Manakala untuk selfie tampil dengan sensor 24 Megapixel. Peranti ini juga membawakan skrin sebesar 6.1 inci dengan resolusi FHD+, pemproses Hisilicon Kirin 970 memori 128GB dan 6 GB RAM. Huawei P20 Pro telah berada di pasaran Malaysia 6 April 2018 dengan harga RM3299.