Harga Vivo Y71 Malaysia

Bagi yang sedang mencari smartphone mampu milik dengan skrin FullView yang besar, Vivo Malaysia baru sahaja mengeluarkan model baru untuk pasaran tempatan. Model tersebut ialah vivo Y71 yang kini boleh didapati dari Shopee dengan harga RM799.

Smartphone vivo Y71 ini dilengkapi dengan skrin sebesar 5.99 inci dengan resolusi HD+ 720 x 1440 pixel. Untuk pasaran tempatan boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan emas dengan badan yang diperbuat dari aluminium.

Di dalamnya, peranti ini dikuasai oleh pemproses Snapdragon 425 dengan CPU Quad-Core 1.4 Ghz dan GPU Adreno 308. Memori digunakan berkapasiti 16 GB dan 3 GB RAM. Jika tidak mencukupi, memori microSD boleh digunakan yang boleh dimuat sehingga 256 GB.

Harga Vivo Y71 Malaysia

Vivo Y71 membawakan rekaan kamera tunggal di bahagian belakang dengan sensor 13 Megapixel beserta fungsi LED Flash, perakam video HD 1080p, mod HDR dan sebagainya. Kamera selfie pula mengguakan sensor 5 Megapixel.

Bateri yang digunakan ialah jenis Li-Ion 3285 mAh. Namun malangnya tiada pengimbas cap jari untuk smartphone mampu milik ini. Smartphone dengan Android terkini versi 8.0 Oreo ini juga memiliki FM Radio, sokongan dual-SIM dan rangkaian 4G LTE.

Harga vivo Y71 di Malaysia serendah RM799 yang kini telah tersedia ditempah melalui laman rasmi Shopee. Setiap pembelian akan menerima hadiah percuma termasuk 1 tahun perlindungan skrin, SanDisk 32GB Memory Card dan Vivo Wireless Sport edisi terhad.