Xiaomi Mi 6X Malaysia

Seperti yang dijangkakan, Xiaomi Mi 6X telah dilancarkan membawa spesifikasi yang agak baik dengan sistem dual kamera AI. Peranti ini hanya untuk pasaran China sahaja dan untuk model antarabangsa akan dikenali sebagai Xiaomi Mi A2 yang akan dilancarkan kemudian.

Menurut Xiaomi, walaupon peranti ini mengfokuskan pada pasaran pertenghan namun prestasinya setanding dengan model flagship yang lain seperti Oppo R15 dan Apple iPhone X.

Spesifikasi Xiaomi Mi 6X

Berbanding Xiaomi Mi A1 yang diperkenalkan pada tahun lalu, model baru ini bawakan perubahan ketara pada sistem kameranya. Kamera belakang utama dimuatkan dengan sensor 12 Megapixel dari Sony IMX486 dan Aperture F1.75. Sensor kedua hadir dengan 20 Megapixel dari model Sony IMX376. Manakala untuk selfie juga menggunakan sensor 20 Megapixel yang sama.

Xiaomi juga telah bawakan AI Scene Detection pada kameranya yang membenarkan ia mengesan sehingga 200 suasana berbeza termasuk mod 12 portrait dan meletakan aturan yang lebih sesuai untuk setiap suasana tersebut. Hasilnya gambar yang diambil lebih cantik, semulajadi dengan kesan bokeh lebih baik terutamanya untuk gambar portrait.

Xiaomi Mi 6X Malaysia

Prestasi dalaman juga telah ditambah baik berbanding model sebelum ini. Xiaomi Mi 6X hadir dengan Snapdragon 660 dengan CPU Octa-Core 2.2 Ghz dan GPU Adreno 512. Terdapat tiga variasi memori iaitu 64GB/4GB RAM, 64GB/6GB RAM dan 128GB/6GB RAM.

Untuk skrin, peranti ini bawakan skrin yang sama dengan Xiaomi Redmi Note 5 dengan saiz 5.99 inci dan resolusi FullHD+. Peranti ini juga menggunakan MiUi 9.5 diluar kotak yang berasaskan Android 8.1 Oreo. Ia juga hadir dengan bateri 3010 mAh dengan pengecasan pantas QuickCharge 3.0 melalui port USB Type-C. Fungsi lain termasuk pengimbas cap jari di belakang dan InfraRed.

Harga Xiaomi Mi 6X

Xiaomi Mi 6X hadir dengan lima pilihan warna termasuk merah jambu, merah, emas, biru dan hitam. Bagi harga Xiaomi Mi 6X pula bermula dari CNY1599 (≈RM999), CNY1799 (≈RM1149) dan CNY1999 (≈RM1299) untuk model 64GB/4GB RAM, 64GB/6GB RAM dan 128GB/6GB RAM.