Harga Xiaomi Black Shark Malaysia

Xiaomi baru sahaja mengumunkan peranti khas khusus untuk yang gemarkan permainan. Keseluruh peranti ini direka khas untuk prestasi permainan dan pengalaman bermain Games yang lebih baik.

Xiaomi Black Shark hadir dengan skrin 5.99 inci dengan resolusi FullHD+. Di dalamnya, peranti ini meenggunakan cip berkuasa Snapdragon 845 dengan Octa Core CPU dan pemproses grafik Adreno 630. Xiaomi turt memperkenalkan sistem penyejuk cecair dalaman bagi memastikan komponen dalam sentiasa bersuhu rendah walaupun ketika bermain permainan bergrafik tinggi.

Peranti ini juga menawarkan dua pilihan memori iaitu 128GB yang hadir bersama 8 GB RAM serta 64GB yang turut dipadankan dengan 6 GB RAM. Turut dimuatkan termasuk bateri 4000 mAh yang besar dengan sokongan pengecasan pantas. USB Type-C serta didatangkan aksesori GamePad khas yang dijual berasingan.

Harga Xiaomi Black Shark Malaysia

Kamera digunakan adalah dual lensa denga sensor 12 Megapixel F1.8 dan 20 Megapixel F1.8. Tiada penstabilan imej oprikal untuk kameranya namun berkebolehan membuan 2x optikal zoom dan juaga rakaman video 4K. Kamera selfienya pula menggunakan sensor 20 Megapixel dengan keupayaan merakam video 1080p video.

Baca : Spesifikasi Penuh Xiaomi Black Shark dan Harga Smartphone Xiaomi Malaysia

Xiaomi Black Shark mula boleg didapati bermula 20 April melalui laman JD.com dimana model 128GB dijual pada harga CNY3,499 (≈RM2099) manakala model 64GB dijual dengan harga CNY2999 (≈RM1899). Buat masa ini tiada maklumat mengenai harga Xiaomi Black Shark di Malaysia.