Spesifikasi Xiaomi Mi A2 Malaysia

Xiaomi telah mengesahkan mereka akan lancarkan Xiaomi Mi 6X pada 25 April ini untuk pasaran China. Bagi pasaran antarabangsa pula, peranti ini dijangka akan diperkenalkan sebagai Xiaomi Mi A2 yang akan hadir dengan Android tulen sebagai salah satu model Android One.

Dari spesifikasi Xiaomi Mi 6X / Mi A2, telah banyak spesifikasi yang telah tertiris di internet. Gambar render yang telah tertiris juga menunujukan peranti ini akan hadir dengan lima pilihan warna termasuk, biru, merah jambu, hitam, merah dan emas.

Untuk spesifikasi Xiaomi Mi 6X dan Mi A2, peranti ini dijangka hadir dengan 5.99 inci dengan resolusi FHD+. Dari segi spesifikasi dan rekaannya, ia hampir sama dengan Xiaomi Redmi Note 5 Pro yang dilancarkan Febuari lalu.

Spesifikasi Xiaomi Mi A2 MalaysiaSpesifikasi Xiaomi Mi A2 Malaysia
Spesifikasi Xiaomi Mi A2 MalaysiaSpesifikasi Xiaomi Mi A2 Malaysia
Gambar Xiaomi Mi 6X Dan Xiaomi Mi A2 Yang Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Di dalamnya, Mi 6X dijangka akan menggunakan pemproses Snapdragon 626, 64 GB memori terbina, 4 GB RAM serta 2910 mAh bateri. Kameranya pula bakal dimuatkan dengan sensor 20 Megapixel dan 8 Megapixel di bahagian belakang. Kamera hadapan juga dimuatkan dengan lensa 20 Megapixel.

Untuk harganya, Xiaomi Mi A1 telah dijual di Malaysia sekitar RM1099. Model baru ini dijangka akan dipasarkan pada harga yang sama sekiranya memasuki pasaran Malaysia kelak.