Asus Malaysia akan melancarkan model baru, Asus ZenFone Max Pro M1 pada satu majlis khas yang berlangsung pada 31 May ini. Ianya merupakan smartphone model pertengahan dengan skrin FHD+ yang besar, pemproses berkuasa serta kapasiti bateri yang sangat besar. Tentang harganya yang masih lagi belum diumumkan, Asus telah menjanjikan ianya lebih murah dan berpatutan berbanding pesaingnya. Mungkin sekitar antara RM699 hingga RM899.

Reka Bentuk Asus ZenFone Max Pro M1

Kali pertama kami melihat pada peranti baru ini, ianya kelihatan seperti Asus ZenFone Max Plus M1 yang dilancarkan di Malaysia beberapa bulan yang lalu dengan harga RM899. Cuma skrinnya sahaja yang lebih besar, susunan kamera di belakang yang menegak serta spesifikasi yang telah ditambah baik.

Asus Zenfone Max Pro M1 Malaysia

Rekaannya amat kukuh dengan kerangka aluminium dalam pilihan warna hitam dan juga emas. Menariknya, peranti ini membawakan slot dual-sim tanpa berkongsi dengan slot microSD seperti kebanyakan peranti lain.

Untuk paparan hadapan, peranti mampu milik ini hadir dengan skrin bersaiz 6.0 inci dengan resolusi FullHD+ 1080 x 2160 pixel. Dengan penggunaan nisbah skrin 18:9, skrin kelihatan lebih memanjang dengan kelebaran peranti yang lebih minima sekali gus ianya lebih selesa di atas tangan.

Spesifikasi Asus ZenFone Max Pro M1

Untuk peranti ini, Asus telah mempromosikan tagline “Limitless Gaming” yang merujuk kepada permainan tanpa had. Oleh itu peranti ini dikuasai oleh pemproses Snapdragon 636 dengan CPU Octa-Core 1.8Ghz dan cip grafik Adreno 509.  Ianya merupakan pilihan CPU yang tepat bagi menawarkan smartphone yang lancar terutamanya untuk aplikasi permainan yang memerlukan keupayaan grafik dan bilangan teras CPU yang tinggi. Terdapat tiga pilihan memori yang ditawarkan iaitu 32GB/3GB RAM, 64GB/4GB RAM serta 64GB/6GB RAM. Namun unit yang kami terima dari Asus ini ialah model dengan 32GB/3GB RAM.

Asus Zenfone Max Pro M1 Malaysia

Satu lagi kelebihan Asus ZenFone Max Pro M1 ialah memiliki kapasiti bateri yang sangat besar iaitu 5000mAh yang mampu bertahan sehingga dua hari penggunaan. Baterinya juga menyokong pengecasan pantas menggunakan pengecas 5V/2A yang dicas melalalui sambungan microUSB.

Asus ZenFone Max Pro M1 hadir dengan aturan dual-lensa dibelakangnya dengan sensor 13 Megapixel, F2.0 dan sensor kedua 5 Megapixel untuk mengesan kedalaman bagi kegunaan mod portrait. Kamera utamanya juga menyokong PDAF, rakaman video 4K serta pelbagai mod fotografi. Untuk selfie pula, peranti ini menawarkan sensor 8 Megapixel.

Platform Andrid 8.1 Oreo Tulen

Asus ZenFone Max Pro M1 merupakan model pertama dari Asus yagg menggunakan Android tulen dari versi 8.1 Oreo dan sudah tentu kami sangat menyukainya. Daripada pencarian kami, Asus turut bawakan beberapa aplikasi khas Asus seperti Calculator, FM Radio dan Sound Recorder. Bagi saya, ianya tidak boleh dipanggil sebagai bloatware memandang Google sendiri tidak memiliki aplikasi khas dengan fungsi tersebut untuk platform Android mereka.

Asus Zenfone Max Pro M1 Malaysia

Selain tiga aplikasi tersebut, Asus turut membawa fungsi ZenMotion yang merupakan isyarat khas pada skrin membolehkan skrin dihidupkan dan dimatikan dengan ketukan dua kali pada skrin.

Unboxing Asus ZenFone Max Pro M1

Seperti yang dinyatakan Asus ZenFone Max Pro M1 akan dilancarkan pada 31 May ini dan di pasaran Malaysia bermula 1 June ini. Setiap pembelian Asus Zenfone Max Pro akan menerima pakej lengkap termasuk Asus earphone dengan mikrofon, Clear Soft Bumper, Pengecas dan juga USB Cable.

Asus Zenfone Max Pro M1 Malaysia Asus Zenfone Max Pro M1 Malaysia
Apa Yang Terdapat Di Dalam Kotak Asus ZenFone Max Pro M1

Kesimpulannya, Asus dilihat telah lakukan yang terbaik untuk memenuh permintaan pengguna bagi menghasilkan smartphone berkuasa dengan bateri yang lebih tahan lama serta harga yang lebih kompetitif berbanding pencabarnya. Dengan harganya yang dibawah RM1000, Asus ZenFone Max Pro M1 bakal menjadi “Raja Smartphone Mid-Range” yang baru dan bersaing dengan model mid-range bawah RM1000 popular yang lain seperti Xiaomi Redmi Note 5 Pro.