Harga Asus Zenfone 5 Malaysia

Asus Malaysia akan mengadakan majlis khas pada 31 May ini bagi melancarkan dua model smartphone pertengahan untuk pasaran tempatan. Model tersebut iailah Asus Zenfone 5 dan juga Asus Zenfone Max Pro M1.

Mengenai harga kedua-dua peranti ini masih lagi menjadi tanda tanya. Namun bagi harga Asus Zenfone 5 dengan skrin 6.2-inci FHD+ ini telah tertiris melalui Lazada Malaysia yang memaparkan tanda harga RM1299.

Untuk peranti Mid-Range denga. cip Snapdragon 636, 64GB dan 4GB RAM, penawaran dengan harga RM1299 dilihat amat berbaloi berbanding pesaingnya. Apatah lagi Asus Zenfone 5 mendapat kedudukan yang agak baik di DXOMark untuk kualiti kamera.

Peranti ini membawakan dua kamera belakng dengan lensa 12 Megapixel (F1.8) dan 8 Megapixel (F2.0) manakala untuk selfie hadir dengan sebsor 8 Megapixel (F2.0). Fungsi fotografi lain termasuk EIS, perakam video 4K dan sebagainya. Ia juga turut membawakan fungsi AI yang tidak terhad pada fotografi sahaja. Ia termasuk AI Charging, AI performance dan yang lainnya.

Asus Zenfone 5 akan dilancarkan di Malaysia pada 31 May ini dan dijangka mula di pasaran pada 4 June 2018. Ia akan diumumkan bersama-sama model mid-range mampu milik Asus Zenfone Max Pro M1 yang turut menggunakan pemproses yang sama serta bateri yang lebih besar iaitu 5000 mah.

Sumber : SoyaCincau