Harga Honor 10 Di Malaysia

Honor Malaysia baru sahaja mengumumkan smartphone Mid-Range Premium, Honor 10 untuk pasaran Malaysia. Peranti ini akan mulakan pasaran bermula 24 May 2018 dengan harga jualan RM1699.

Honor 10 lebih mengfokuskan pada penggemar selfie dengan teknologi AI serta rekaan Aurora Glass yang memantulkan warna vivid dari setiap arah. Di Malaysia, terdapat tiga pilihan warna yang ditawarkan iaitu Phantom Blue, Night Black dan Gray Gull.

Honor 10, Smartphone Mid-Range Premium Khas Untuk Fotografi

  • Skrin 5.84 inci dengan resolusi 1080 x 2280 pixels (FHD+).
  • Pemproses Hisilicon Kirin 970, 128 GB memori dan 4 GB RAM.
  • Kamera utama 16 Megapixel (F1.8) + 24 Megapixel dan 24 Megapixel (F2.0) kamera selfie.
  • Platform Android 8.1 (Oreo), Bateri Li-Po 3400 mAh, USB Type-C.

Di bahagian hadapan peranti ini bawakan skrin besar bertakuk bersaiz 5.84 inci dengan resolusi FHD+ 1080 x 2280 pixel. Di bahgian dalam peranti membawakan cip pemprooses yang sama dengan Huawei P20 dan P20 Pro iaitu Hisilicon Kirin 970 dengn kombinasi 4GB RAM dan 128GB memori terbina.

Harga Honor 10 Di Malaysia

Honor 10 membawakan aturan dual kamera di belakang dengan sensor 24 Megapixel dan 16 Megapixel yang dipadukan dengan teknologi AI dan juga Aperture F1.8. Teknologi AI yang dibawakan mampu mengesan lebih 500 senario berbeza dalam 22 kategori. Untuk kamera selfie pula, peranti ini hadir dengan 24 Megapixel kamera bagi mengambil gambar portrait seperti professional dengan gambar yang lebih tajam, jelas dengan kesan bokeh.

Antara fungsi lain serta kelebihan Honor 10 termasuk bateri berkapasiti 3300 mAh dengan pengecasn pantas yang nampu mengecas hanya 25 minit untuk 50% bateri. Peranti ini juga hadir dengan pengimbas cap jari ultrasonik yang terletak di bahagian depan bawah peranti. Honor 10 juga hadir dengan fungsi Dual SIM dengan rangkaian LTE serta port USB Type-C.

Harga Honor 10 Di Malaysia

Honor 10 akan mulakan jualan bermula 24 May ini dengan harga jualan rasmi RM1699. Berita baik bagi yang berminat untuk membeli pada tarikh 24 hingga 31 May ini anda berpeluang mendapat harga rebat pada harga RM1599. Pembellian rasmi boleh dibuat di Shoope dan Lazada Malaysia bermula 24 May ini.