Harga Huawei Mate RS Porsche Design Di Malaysia

Bulan March yang lalu Huawei telah mengumumkan empat model premium iaitu Huawei P20 Lite, Huawei P20, Huawei P20 Pro termasuk model keluaran khas Huawei Mate RS Porsche Design.

Dua model Huawei P20 dan P20 Pro telah dipasaran Malaysia dengan harga jualan RM2599 dan RM3299. Kini Huawei Mate RS pula memasuki pasaran tempatan yang boleh ditempah di Lazada dengan harga jualan RM6999.

Untuk spesifikasi, Huawei Mate RS Porsche Design merupkan model edisi terhad keluaran bersama Porsche dan Huawei. Spesifikasinya hampir sama dengan Huawei P20 Pro dengan sistem tiga kamera di belakang dengan sensor 30MP+20MP+8MP serta kamera selfie tunggal 24 Megapixel.

Skrin hadapan bersaiz 6.0 inci dengan resolusi Quad-HD+ serta menggunakan platform terkini Android 8.1 Oreo. Di Malaysia, hanya model 256GB dengan 6GB RAM dibawa masuk yang turut hadir dengan cip kirin 970 dan 4000mAh bateri.

Bagi yang berminat pada peranti premium ini boleh dapatkannya di Lazada Malaysia dengan harga rasmi RM6999.