Harga Huawei Nova 3e Malaysia

Selain Honor 10, Huawei juga telah mengumumkan model pertengahan mampu milik iaitu Huawei Nova 3e yang akan ke pasaran tempatan bermula 25 May ini. Harga Huawei Nova 3e di Malaysia akan dijual dengan harga RM1399.

Berbanding Honor 10, peranti ini bawakan spesifikasi yang lebih rendah namun dengan rekaan yang hampir sama. Di Malaysia peranti ini hadir dalam dua pilihan warna biru dan hitam. Skrin yang digunakan juga 5.84 inci, skrin takuk dengan resolusi FHD+ 1080 x 2280 pixel.

Di bahagian dalamnya, Huawei Nova 3e bawakan pemproses Kirin 659 dengan 128GB memori dalaman serta 4 GB RAM. Peranti ini turut menyediakan kapasiti 3000 mAh bateri dengan sokongan pengecasan pantas melalui port USB Type-C.

Harga Huawei Nova 3e Malaysia

Untuk kamera, peranti mampu milik ini menyediakan dua lensa dibelakangnya dengan sensor 16 Megapixel dan 2 Megapixel. Kamera selfie pula menggunakan sensor dengan resolusi yang lebih tinggi iaitu 24 Megapixel.

Di Malaysia, Huawei Nova 3e akan mula dijual pada harga RM1399 sebuah bermula 25 May 2018 ini. Berita baik untuk pembeli sebelum 31 May ini berpeluang mendapat harga promosi serendah RM1320 serta percuma Huawei Tripod Selfie Stick bernilai RM69.