Harga OnePlus 6 Di Malaysia

OnePlus 6 baru sahaja diumunkan beberapa hari lalu yang menawarkan spesifikasi premium serta rekaan dengan skrin yang lebih besar. Terbaru, beberapa peruncit smartphone seperti DirectD dan Satu Gadged mula mengambil tempahan untuk peranti tersebut.

Bedasarkan dari laman Facebook DirectD, peranti tersebut merupakan set rasmi Malaysia dengan satu tahun jaminan dari Mi Han Sdn Bhd yang merupakan pengedar rasmi OnePlus di Malaysia. Tiga variasi memori ditawarkan untuk pasaran tempatan. Harga OnePlus 6 di Malaysia seperti berikut.

  • OnePlus 6 (Mirror Black) 6GB RAM / 64GB – RM2399
  • OnePlus 6 (Mirror Black) 8GB RAM / 128GB – RM2799
  • OnePlus 6 (Midnight Black) 8GB RAM / 256GB – RM3099

Sekiranya anda menempah OnePlus 6 melalui DirectD sekarang, anda akan menerima peranti anda pada 6 Jun 2018. Pembelian melalui DirectD juga akan menerima Original Clear Plex Screen Protector berharga RM139 secara percuma.

Baca : Spesifikasi Penuh OnePlus 6

Sedikit mengenai spesifikasi OnePlus 6 yang merupakan model premium skrin AMOLED besar bersaiz 6.28 inci dengan nisbah 19:9. Di dalamnya membawakan cip Snapdragon 845 dengan memori sehingga 256GB dan sehingga 8 GB RAM. OnePlus 6 juga bawakan dua kamera di belakang dengan sensor 16+20 Megapixel serta kamera selfie 16 Megapixel.