Harga Oppo R15 Pro Malaysia

Nampaknya semakin rancak pengeluar-pengeluar smartphone melancarkan model terbaru sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Oppo juga tidak ketinggalan mengumumkan model terbaik mereka iaitu Oppo R15 Pro yang mungkin boleh dijadikan sebagai smartphone Raya anda tahun ini.

Oppo R15 Pro merupakan model pertenghan premium yang kini di pasaran Malaysia dengan harga RM2399 yang boleh di beli mulai 1 June ini dari pengedar rasmi Oppo atau melalui kedai atas talian seperti Lazada Malaysia.

Oppo R15 Pro membawakan skrin AMOLED bertakuk dengan saiz besar iaitu 6.28 inci dengan resolusi FHD+ 1080 x 2280 pixel. Peranti ini juga didatangkan dengan pelindung skrin dengan lapisan kaca Corning Gorilla Glass 5.

Peranti ini dikuasai oleh Cip Snapdragon 660 yang merupakan cip terbaik dan terbaru dari Siri Snapdragon 600 buat masa ini. Peranti ini juga menawarkan 6 GB RAM dan 128 GB memori dalaaman.

Harga Oppo R15 Pro Malaysia

Oppo sentiasa menawarkan sistem kamera yang terbaik untuk smartphone miliknya terutama pada model premium. Untuk pengalaman selfie yang lebih baik, peranti ini tawarkan kamera 20 Megapixel F2.0 untuk selfie manakala kamera utamanya dipadankan dengan dua lensa 16 Megapixel F1.7 dan 20 Megapixel F1.7.

Oppo R15 Pro juga hadir dengan bateri berkapasiti Li-Po 3400 mAh dengan sokongan pengecasan pantas VOOC Flash Charge. Ciri-ciri lain yang terdapat pada peranti ini termasuk sokongan Dual-SIM dan Pengimbas cap jari yang terletak di bahagian belakang.