Harga Samsung Galaxy A6 Dan A6+ Kini Di Malaysia

Samsung Malaysia baru sahaja mengumumkan dua model pertengahan untuk pasaran tempatan iaitu Samsung Galaxy A6 dan Samsung Galaxy A6+. Kedua-dua model tersebut telah berada di pasaran dengan harga rasmi bermula RM1099 dan RM1399.

Untuk kedua-dua model ini masih lagi menampilkan rekaan yang premium dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, emas dan biru. Tetapi didalamnya menampilkan spesifikas yang jauh berbeza.

Untuk Samsung Galaxy A6+ membawakan skrin Super AMOLED yang lebih besar iaitu bersaiz 6.0 inci dengan resolusi FHD+ 1080 x 2220 pixels.  Di bahagin dalamnya, peranti pertenghan ini menggunakan cip pemproses Qualcomm SDM450 Snapdragon Octa-core 1.8 GHz Cortex-A53 bersama-sama 64 GB memori terbina dan 4 GB RAM.

Untuk kamera, peranti ini hadir dengan dual-kamera di belakang dengan sensor 16 Megapixel F1.7 dan 5 Megapixel F1.9. Untuk kamera selfie pula, Galaxy A6+ tampil dengan kamera 24 Megapixel.

Harga Samsung Galaxy A6 Dan A6+ Kini Di Malaysia

Bagi Samsung Galaxy A6 menampilkan skrin Super AMOLED bersaiz 5.6 inci dengan resolusi HD+ 720 x 1480 pixel dan nisbah 18.5:9. Ia juga hadir dengan fungsi Always-On-Display yang memaparkan waktu, tarikh dan notifikasi walaupun skrin ditutup.

Didalamnya, peranti ini dikuasai oleh pemproses Exynos 7870 Octa dengan CPU Octa-Core 1.6GHz. Ia juga dimuatkan dengan memori 32GB dan 3GB RAM. Kamera digunakan dengan sensor 16 Megapixel F1.7 di bahagian belajang manakala kamera selfie juga dimuatkan dengan sensor 16 Megapixel F1.9.