Harga Xiaomi Mi Mix 2S Malaysia

Selain OnePlus 6, Kini ada satu lagi model premium iaitu Xiaomi Mi Mix 2S yang boleh anda dapati sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Ya, ianya merupakan model premium dengan spesifikasi kelas perdana namun harganya jauh lebih rendah dari persaingnya iaitu dari RM1999. Malah ada peranti kelas pertengahan yang lebih mahal dari Xiaomi Mi Mix 2s dengan spesifikasi yang lebih rendah.

Untuk pasaran Malaysia, dua model ditawarkan di pasaran dengan harga bermula RM1999 untuk model 64GB dan RM2,199 untuk model 128GB. Ia akan hadir dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.

Spesifikasi Xiaomi Mi Mix 2S

  • Skrin 5.99 inci dengan resolusi 1080 x 2160 pixels (FHD+).
  • Pemproses Snapdragon 845, 64/128 GB memori dan 6 GB RAM.
  • Kamera utama 12 MP (F1.8) + 12 MP (F2.4) dan 5 MP (F2.0) kamera selfie.
  • Platform Android 8.0 (Oreo), Bateri Li-Ion 3400 mA, USB Type-C.

Xiaomi Mi Mix 2S boleh dikatakan sebuah model unik dengan kamera hadapan di bahagian bawah penjuru kanan. Ianya untuk memberi ruang pada skrin tanpa bezel dibahagian atas dan juga sisi kiri dan kanan peranti. Peranti ini menggunakan paparan 5.99 inci dengan resolusi FHD+ 1080 x 2160 pixel.

Walaupun harganya serendah RM2000, Xiaomi Mi Mix 2S menawarkan sistem kamera dengan kualiti gambar setanding smartphone perdana yang mencecah RM3000 keatas. Ianya dibuktikan melalui skor DXOMark yang mendapat mata 97 dan lebih tinggi berbanding Apple iPhone 8 Plus dan Samsung Galaxy Note 8.

Harga Xiaomi Mi Mix 2S Malaysia

Kamera utamanya menggunakan dua sensor 12 Megapixel dengan Aperture F1.8 dan F2.4. Manakala untuk selfie menggunakan kamera 5 Megapixel dengan Aperture F2.0. Kamera utamanya juga menggunakan penstabilan OIS, kebolehan 2X optikal zoom serta mampu merakam video dalam format sehingga 2160pp@30fps.

Di bahagian dalam, peranti ini dikuasai cip pemproses Snapdragon 845, 6GB RAM serta pilihan memori 64GB atau 128GB. Peranti ini juga memiliki bateri Li-Ion 3400 mAh dengan sokongsn pengecasan pantas yang dicas melaluibport USB Type-C. Kelebihan Xiaoni Mi Mix 2S yang lain termasuk pengimbas cap jari di bahagian belakangnya serta dikuasai platform Android 8.0 Oreo.

Harga Xiaomi Mi Mix 2S Malaysia

Di Malaysia, peranti ini akan mula dijual bermula 1 June ini dengan harga jualsn serendah RM1999 untuk model 64GB manakala RM2199 untuk model 128GB. Pembelian boleh dibuat melalui pengedar rasmi Xiaomi serta kedai atas talian melalui Lazada Malaysia.