Harga Xiaomi Redmi S2 Malaysia

Satu lagi model mampu milik dari Xiaomi akan memasuki pasaran tempatan iaitu Redmi S2. Ianya merupakan model dari siri baru yang lebih mengfokuskan pada Selfie. Terdapat dua variasi yang akan ditawarkan untuk pasaran tempatan iaitu model 32GB/3GB RAM dengan harga jualan RM679 dan model 64GB/3GB RAM berharga RM849.

Xiaomi Redmi S2 Dengan Kamera Selfie 16 Megapixel

Mengenai spesifikasi Xiaomi Redmi S2, peranti ini masih lagi mengekalkan konsep peranti “Redmi” dengan spesifikasi mid-range pada harga murah. Peranti ini hadir dengan skrin 5.99 inci dengan resolusi 720 x 1440 pixel pada nisbah skrin 18:9.

Di dalamnya, peranti ini masih lagi menggunakan cip Snapdragon 625 dengan kepantasan CPU Octa-Core 2.0Ghz. Ianya merupakan cip yang diperkenalkan pada tahun 2016 tetapi masih lagi lancar digunakan untuk kegunaan harian. Seperti yang dinyatakan, dua variasi ditawarkan iaitu 64GB dan 32GB serta sokongan slot tambahan microSD.

Harga Xiaomi Redmi S2 Malaysia

Untuk smartphone khas untuk selfie, Xiaomi Redmi S2 sudah tentu memiliki sensor kamera dengan resolusi lebih besar pada kamera hadapannya. Ia dimuatkan dengan 16 Megapixel untuk mengambil gambar selfie yang sempurna. Kamera belakang pula dilengkapi dengan dua lensa 12 Megapixel dan 5 Megapixel.

Bateri digunakan berkapasiti Li-Po 3080 mAh tanpa sokongan pengecasan pantas dan di cas melalui sambungan microUSB. Kelebihan Xiaomi Redmi S2 yang lain termasuk pengimbas cap jari di belakangnya dan penggunaan platform terkini Android 8.1 Oreo.

Harga Xiaomi Redmi S2 Di Malaysia

Xiaomi Redmi S2 akan mula dijual di Malaysia bermula 1 Jun 2018 yang boleh didapati dari pengedar rasmi Xiaomi dan kedai atas talian sepeeti Lazada Malaysia dan sebagainya. Harga Xiaomi Redmi S2 bermula dari RM679 untuk storan 32GB dan RM64GB untuk storan 64GB.