[AdsLink]HTC telah melancarkan U12+ yang merupakan peranti perdana dengan rekaan serta spesifikasi premium. Untuk model ini sudah tentunya menggunakan cip Snapdragon 845 serta sokongan kalis air dengan pengesahan 1P68.
HTC U12+ hadir dengan skrin Super LCD6 sebesar 6.0 inci, nisbah 18:9 serta resolusi 1440 x 2280 pixel. Seperti peranti HTC sebelum ini, model baru ini juga bawakan kerangka dengan sensetif tekanan untuk fungsi Sense Squeez Gestures.
Untuk kamera, HTC U12+ bawakan sensor 12 Megapixel UltraPixel serta 16 Megapixel untuk 2x optikal zoom. Kamera utamanya juga bawakan penstabilan imej optikal, OIS serta laser autofokus. Peranti ini juga berkebolehan mengambil video dalam format 4K 60fps serta video gerak perlahan dalam format 1080p 240fps. [AdsPost]
Kamera selfie juga menggunakan dua 8 Megapixel sensorbuntuk kesan bokeh yang lebih baik. Menurut DXO Mark, skor fotografi untuk HTC U12+ telah melebihi model premium lain termasuk iPhone X dan Huawei P20 pada skor 103. Namun masih lagi dibawah Huawei P20 Pro dengan skor 109.
Di bahagian dalam, HTC U12+ dikuasai cip Snapdragon 845 dengan gabungan 6 GB RAM serta pilihan memori sama ada 64GB atau 128GB dengan Slot microSD yang juga disediakan. Smartphone ini menggunakan Android 8.0 Oreo dan HTC telah mengesahkan bahawa kemaskini Android P akan hadir pada masa akan datang unyuk HTC U12+
HTC U12+ sedia mengambil tempahan bermula hari ini di eropah dan USA dengan harga jualan USD799 (≈RM3199) untuk model 64GB dan USD849 (≈RM3399) untuk model 128GB. Buat masa ini tiada maklumat mengenai harga serta tarikh pasaran di Malaysia.