Lenovo Z5 Malaysia

Lenovo dikatakan sedang membangunkan smartphone tanpa takuk dan bezel dengan skrin bucu ke bucu. Peranti tersebut dikatakan model lenovo Z5 yang dijangka akan diumunkan pada bulan June ini.

Jika sebelum ini, penggunaan skrin sepenuhnya tanpa bezel dilihat agak mustahil oleh kerana terpaksa menggugurkan kamera hadapan dan pembesar suara. Kebanyakan pengeluar smartphone menyediakan takuk di hadapan atas skrin bagi mengekalkan dua fungsi tersebut.

Untuk Lenovo Z5 tiada takuk yang digunakan dan tiada maklumat dimana mereka menyembunyikan kamera hadapan sama ada menggunakan kamera pop-up seperti peranti Vivo Apex atau disembunyikan di bawah skrin.

Buat masa ini tiada maklumat mengenai spesifikasi Lenovo Z5 ini. Namun sudah tentunya peranti ini akan menyertai barisan peranti perdana. Lenovo Z5 dijangka akan diumumkan pada 14 June ini.