Moto C dan C Plus Malaysia

Tahun lalu Motorola telah melancarkan model mampu molik Motorola Moto C dan C Plus yang telah dipasaran Malaysia dengan harga RM229 dan RM399. Setelah setahun berlalu, Motorola dilihat telah bersedia untuk umumkan generasi baru bagi kedua-dua model tersebut.

Gambar dan spesifikasi Motorola Moto C2 dan C2 Plus mula tertiris di internet yang menampilkan rekaan yang hampir serupa dengan model terdahulu. Cuma, pengimbas cap jari yang menghiasi skrin hadapan pada model C2 Plus ini manakala model Moto C dan C Plus yang lama tidak memiliki fungsi tersebut.

Bedasrkan spesifikasi yang tertiris, Moto C2 dan C2 Plus akan hadir dengan skrin 5.0 HD dengan lapisan kaca 2.5D. Didalamnya menawarkan 2GB RAM, 16 GB memori terbina dengan CPU MediaTek MT6737 Quad-Core 1.3 Ghz.

Untuk kamera, peranti ini dijangka akan bawakan lensa 8 Megapixel di belakang serta 5 Megapixel di bahagian hadapan. Peranti ini juga menawarkan bateri 2800 mAh.

Buat masa ini tiada maklumat mengenai harga rasmi untuk peranti baru ini. Di Malaysia, model terdahulu Moto C dan C Plus dijual pada harga RM229 dan RM399. Model baru ini berkemungkinan dijual pada sekitar harga tersebut sekiranya ia memasuki pasarann tempatan kelak.