Harga Nokia X6 Malaysia

Akhirnya Nokia menyertai peranti lain dalam mengeluarkan smartphone dengan skrin takuk iaitu Nokia X6 yang merupakan model pertama dari siri-X untuk pasaran smartphone pertengahan.

Nokia X6 telah diumunkan di China dengan rekaan premium dan speaifikasi kelas pertengahan. Ia membawakan skrin bersaiz 5.8 inci dengan resolusi FHD+ 1080 x 2280 pixel dan nisbah 19:9. Bahagian skrinnya juga dilapisi dengan Corning Gorilla Glass 3.

Kamera utamanya menggunakan aturan dual lensa dengan sensor 16 Megapixel, F2.0 dan sensor monochrome 5 Megapixel, F2.2. Kameranya juga mendapat sentuhan teknologi AI serta lain-lain fungsi seperti artificial bokeh, pengesan wajah dan sebagainya. Kamera selfie pula disertakan dengan sensor 16 Megapixel, F2.0 yang turut berfungsi sebagai pembuka kunci melalui pengecaman wajah.

Harga Nokia X6 Malaysia

Di bahagian dalamnya, Nokia X6 tampil dengan cip Snapdragon 636 yang hadir bersama dengan pilihan 3 /4 / 6 GB RAM dan pilihan 32 / 64 GB memori dalaman.

Bateri digunakan ialah 3060 mAh yang boleh di cas melalui sambungan USB Type-C serta sokongan pengecasan pantas Quick Charge 3.0. Menariknya peranti ini menawarkan platform terkini Android 8.1 Oreo, malah Nokia turut menjanjikan kemaskini Android P pada masa akan datang.

Nokia X6 akan mulakan jualan di China bermula 21 May ini dengan harga CNY1299 (≈RM810) untuk model 4GB/32GB, CNY1449 (≈RM910) untuk model 4GB/64GB serta CNY1699 (≈RM1099) untuk model 6GB/64GB. Pasaran di luar china masih lagi tidak dipastikan.