Harga OnePlus 6 Malaysia

OnePlus baru sahaja melancarkan model premium terbaru OnePlus 6 bagi menyertai persaingan peranti kelas perdana pada harga yang jauh lebih murah.

OnePlus 6 hadir dengan skrin AMOLED besar bersaiz 6.28 inci dengan nisbah 19:9. Di atasnya juga memiliki takuk bagi nemberi ruang untuk kamera hadapan dan juga pembesar suara.

Untuk model baru ini, OnePlus telah tingkatkan kebolehan fotografi pada peranti ini. Kini ia menyokong rakaman video 4K pada 60fps serta rakaman video gerak perlahan 480fps pada resolusi 720p. Ianya diambil melalui sensor utama di bahagian belakang dengan 16 Megapixel yang turut disokong bersama 20 Megapixel sensor kedua.

Harga OnePlus 6 Malaysia

Kamera hadapan pula dipadankan dengan sensor 16 Megapixel serta teknologi AI untuk hasilkan gambar bokeh yang lebih menarik. Kamera hadapanya juga boleh membuka kunci melalui fungsi pengecaman wajah.

Di dalamnya, sudah tentu OnePlus 6 hadir dengan cip Snapdragon 845 dengan pilihan 6GB atau 8GB RAM serts 256GB memori dalaman. Tiada slot memori tambahan untuk model premium ini. Bateri digunakan berkapasiti 3,300 mAh dengan pengecasan pantas melalui Dash Charge.

OnePlus 6 akan mulakan jualan pada 22 May ini dengan harga jualab bermula USD529 untuk model asas dan USD629 untuk model 8+256GB. Buat masa ini tiada maklumat mengenai tarkh pelancaran dan harga rasmi OnePlus 6 di Malaysia.