Spesifikasi Samsung Galaxy J6 Malaysia

Samsung baru sahaja mengumumkan dua model smartphone dari siri Samsung Galaxy J. Model tersebut ialah Samsung Galaxy J4 dan Galaxy J6 yang mengfokuskan pada smartphone fotografi Selfie pada harga yang lebih murah.

Samsung Galaxy J6

Samsung Galaxy J6 merupakan model pertama dari siri Galaxy J yang dilengkapi dengan skrin Infinity jenis AMOLED bersaiz 5.6 inci, nisbah 18.5:9 dan resolusi HD+ 720 x 1440 pixel.

Spesifikasi Samsung Galaxy J6 Malaysia

Didalamnya, peranti ini membawakan cip Exynos 7870 dengan CPU Octa-Core 1.6Ghz, 3GB RAM serta 32GB memori dalaman. Slot microSD juga tersedia untuk model mampu milik ini. Ia juga hadir dengan bateri 3000 mAh serta pengimbas cap jari di belakangnya.

Kamera utama dimuatkan dengan lensa tunggal 13 Megapixel, Aperture F1.9 manakala untuk selfie dipadankan dengan lensa 8 Megapixel yang juga menggunakan Aperture F1.9. Menariknya untuk kamera selfie meniliki LED Flash dengan tiga peringkat kecerahan.

Samsung Galaxy J4

Samsung Galaxy J4 pula merupakan peranti dengan skrin AMOLED 5.5 inci dengan nisbah 16:9 dan resolusi 720 x 1280 pixel. Peranti ini hadir dengan cip Exynos 7570 serta kombinasi 2GB RAM dan 16GB momori dalaman.

Spesifikasi Samsung Galaxy J4 Malaysia

Kamera utama juga menggunakan lensa 13 megapixel, F1.9 manakala kamera selfie dimuatkan dengan lensa 5 Megapixel yang turut hadir dengan 3-level LED Flash.

Kedua-dua perant ini telah diumumkan di India dengan harga jualan INR 16,400 (RM999) untuk Galaxy J6 64GB/4GB RAM dan INR 13,990 (RM849) untuk model 32GB/3GB RAM. Untuk harga Samsung Galaxy J4 pala masih lagi belum diumumkan.