Harga Asus Zenfone 5z Malaysia

Berita baik bagi yang menunggu smartphone perdana Asus Zenfone 5z memasuki pasaran tempatan. Kini anda telah boleh dapati peranti tersebut dengan harga RM1899.

Asus telah mulakan jualan rasmi bermula hari ini, 31 Julai 2018 melalui Lazada Malaysia dengan harga jualan RM1899 untuk model 128GB.

Asus Zenfone 5z merupakan salah satu model perdana yang dijual pada harga lebih rendah berbanding pesaingnya. Ia hadir dengan skrin berukuran 6.2 inci, resolusi 1080 x 2246 pixel serta skrin takuk diatas.

Peranti ini dikuasai cip Snapdragon 845 dengan CPU Octa-Core, bateri Li-ion 3300 mAh dengan sokongan pengecasan pantas serta rangkaian LTE-A Cat18 dengan kelajuan muat turun sehingga 1200 Mbps. ZenFone 5z juga hadir dengan memori sebesar 128 GB dan 6 GB RAM untuk pasaran tempatan.

Harga Asus Zenfone 5z Malaysia

Kameranya menggunakan dual lensa di belakang dengan sensor 12 Megapixel dan 8 Megapixel. Kamera utamanya turut menyokong EIS serta rakaman video 4K. Untuk kamera selfie, peranti ini bawakan sensor 8 Megapixel yang turut hadir dengan EIS untuk gambar yang diambil lebih tajam dan jelas.

Bagi yang berminat, boleh dapatkan Asus Zenfone 5z dari Lazada Malaysia mulai hari ini. Lazada turut menawarkan harga promosi RM1699 bagi pembelian pada hari ini sahaja.