Harga BlackBerry Key2 Malaysia

BlackBerry Malaysia akhirnya telah membawa masuk model Key2 yang akan menggantikan BlackBerry KeyOne yang diperkenalkan tahun lalu.

Model baru ini telah membawa banyak penambahbaikan terutamanya pada papan kekunci yang hadir dengan fungsi Speed Key, dual-kamera di belakangnya serta prestasi yang lebih baik.

BlackBerry Key2 menggunakan skrin bersaiz 4.5 inci dengan nisbah 3:2 serta resolusi 1080 x 1620 pixel. Menariknya, terdapat papan kekunci fizikal di bahagian bawahnya yang 20% lebih memanjang untuk ruang menaip lebih selesa.

Peranti ini dikuasai oleh pemproses berkuasa Snapdragon 660 yang menampilkan CPU Octa-Core, grafik Adreno 512 serta rangkaian LTE CAT11 dengan kelajuan muat turun sehingga 600 Mbps. Key2 juga tawarkan memori 64GB yang turut hadir bersama 6GB RAM.

Harga BlackBerry Key2 Malaysia

Kamera digunakan ialah dua lensa 12MP dengan aperture F1. 8 dan F2.6. Manakala kamera selfie menggunakan lensa 8 Megapixel. BlackBerry turut membawakan fungsi Quick Charge 3.0 menerusi port USB Type-C kepada bateri 3500 mAh.

BlackBerry Key2 akan mulakan jualan bermula 12 Julai ini dengan harga RM2599. Ia boleh didapati melalui Shoppe dan pengedar rasmi, Brighstar. Promosi di Shoppe, di mana anda boleh dapatkan pada harga diskaun RM2499 serta percuma Bluetooth Headset bernilai RM109. Tawaran hanya sah pada 12 Julai bermula 9 pagi sahaja.