Harga Honor 7s Malaysia

Honor Malaysia baru sahaja melancarkan satu model mampu miliki, Honor 7s untuk pasaran tempatan. Ianya merupakan model kembar kepada Honor 7A namun dengan skrin yang lebih kecil. Di Malaysia peranti ini akan mulakan jualan rasmi bermula 4 Julai ini denganharga rasmi RM379.

Untuk peranti dibawah RM400 ianya merupakan alternatif terbaik kepada Xiaomi Redmi 5A yang diapasaran tempatan dengan harga RM399. Ia juga mendapat saingan dari model terbaru Asus ZenFone Live (L1) ZA550KL yang juga dijual pada harga yang sama.

Honor 7S menampilkan skrin sebesar 5.45-inci dengan resolusi HD+ 1440×720 pixel tanpa pengimbas cap jari. Peranti ini juga membawakan kamera tunggal di bahagian belakang dengan sensor 13 Megapixel serta sensor 8 Megaixel di bahagian hadapan untuk mengambil gambar selfie.

Di bahagian dalam, peranti mampu milik ini dikuasai oleh cip Mediatek MT6739 dengan kebolehan CPU Quad-core 1.5 GHz Cortex-A53 dan GPU PowerVR GE8100. Memori yang digunakan agak kecil iaitu 16GB memori dalaman serta 2 GB RAM. Namun dengan sokongan slot microSD sudah tentu membantu menyimpan data dan aplikasi yang lebih banyak.

Honor 7s memiliki bateri Li-Ion 3020 mAh yang tidak boleh ditukar ganti serta menyokong penggunaan Dual-SIM melalui rangkaian 4G LTE. Ia juga dijana menggunakan platform Android 8.0 (Oreo) dan antaramuka EMUI 8.0.

Honor 7S telah boleh dibeli melalui Lazada Malaysia dengan harga jualan rasmi RM379. Bagi yang membeli melalui Lazada Malaysia akan turut menerima kad MicroSD 32GB berjenama SandDisk Ultra secara percuma.