Harga Nokia 8110 4G Malaysia

Dua peranti Nokia akan memasuki pasaran Malaysia pada 6 Julai 2018 ini iaitu smartphone pertengahan Nokia 6.1 dan satu model ikonik, Nokia 8110 4G yang pernah dikenali sebagai telefon pisang sebelum ini. Untuk pasara tempatan Nokia 6.1 akan dijual pada harga RM1100 manakala untuk Nokia 8110 4G berharga RM285.

Nokia 8110 4G

Nokia 8110 4G merupakan model kemunculan semula dengan rekaan yang lebih moden, skrin bewarna serta menggunakan rangkaian 4G. Ianya bukanlah peranti klasik yang biasa, Nokia 8110 4G menyokong fungsi VoLTE untuk suara panggilan yang lebih berkualiti tinggi. Ia turut menyokong fungsi GPS, WiFi, FM radio, Bluetooth yang dijana melalui platform KaiOS.

Di dalam badan kecil peranti ini mengandungi cip Snapdragon 205 dengan 4 GB memori terbina serta 512 MB RAM. Slot microSD juga disediakan yang boleh diisi sehingga 64GB. Untuk kamera, Nokia 8110 4G hanya menawarkan 2 Megapixel kamera di bahagian belakang. Fungsi lain yang terdapat pada peranti ini termasuk bateri Li-Ion 1500 mAh, penggunaan dua Micro-SIM, dua pilihan warna hitam dan kuning serta menggunakan skrin 2.4 inci dengan resolusi 240 x 320 pixels.

Nokia 6.1

Bagi yang inginkan peranti yang ebih baik, Nokia Malaysia turut membawa masuk Nokia 6.1 ke Malaysia. Ianya salah satu peranti Android One dengan platform versi terkini 8.1 Oreo. Nokia 6.1 menampilkan kemasan kerangka premium dengan badan unibodi dari aluminium siri 6000 yang hadir dalam tiga pilihan warna hitam, putih dan biru tua.

Harga Nokia 6.1 Malaysia

Peranti ini masih lagi menggunakan nisbah skrin yang lama iaitu 16:9 berbanding nisbah 18:9 yang kian popular ketika ini. Skrinnya bersaiz 5.5 inci dengan resolusi 1080 x 1920 pixels. Ia menggunakan pemproses Snapdragon 630 yang dipadankan dengan pilihan 64GB, 4 GB RAM, bateri Li-Ion 3000 mAh serta sambungan USB Type-C 1.0.

Hanya satu kamera terdapat dibahagian belakang peranti ini dengan sonsor 16 Megapixel serta sentuhan aperture F2.0, 27mm, PDAF, Zeiss optics dan dual-LED flash. Peranti ini juga menyokong rakaman video 4K dalam format 2160p@30fps. Untuk kamera selfie, ia dimuatkan dengan 8 Megapixel kamera dengan aperture F2.0.