Harga Huawei Nova 3 Malaysia

Satu lagi smartphone pertengahan dari Huawei yang akan dilancarkan iaitu Huawei Nova 3 yang akan diumumkan pada 18 Julai ini. Bersama pelancaran tersebut, Huawei turut bakal umumkan jam pintar Huawei TalkBand B5.

Dari segi rekaan Huawei Nova 3 seolah olah sama dengan Huawei P20 Lite, namun dengan spesifikasi yang berbeza. Nova 3 dijangka akan menggunakan cip Kirin 659 Dengan CPU Octa-Core 2.3Ghz dan sehingga 6GB RAM. Dua pilihan memori ditawarkan sama ada 64GB atau 128GB.

Skrinnya mungkin akan menggunakan panel LCD bersaiz 6.3 inci dengan resolusi FHD+ dan nisbah 19.9. Dua kamera dengan teknologi Ai digunakan di bahagian belakang dengan sensor 16MP dan 24MP. Di bahagian depan turut menggunakan dua lensa dengan sensor 24MP dan 2MP yang mampu menghasilkan artificial bokeh.

Huawei Nova 3 juga akan menggunakan bateri 3,650 mAh dengan sokongan Super Charge yang mampu mencapai tahap 50% kuasa dalam masa 30 minit sahaja. Peranti ini bakal hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Biru, Aqua dan Kuning.

Mengenai jam pintar Huawei TalkBand B5 pula, tidak banyak maklumat serta spesifikasi yang Tertiris. Nantikan 18 Julai ini untuk maklumat spesifikasi serta harga Huawei Nova 3 dan TalkBand B5.