Harga Sony Xperia XA2 Plus Malaysia

Sony menambah satu lagi model untuk barisan smartphone pertengahan mereka. Model tersebut ialah Sony Xperia XA2 Plus yang terletak di tengah-tengah antara Xperia XA2 dan Xperia XA2 Ultra yang diperkenalkan Januari lalu.

Spesifikasinya tidak jauh beza dengan XA2 Ultra, cuma model baru ini dilengkapi dengan skrin nisbah 18:9, kamera tunggal di hadapan serta rekaan dengan bezel yang lebih nipis berbanding XA2 Ultra yang menggunakan skrin nisbah 16:9 dan memiliki dual kamera untuk selfie.

Sony Xperia XA2 Plus dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.0 inci dengan resolusi FHD+ 1080 x 2160 pixel serta dilindungi dengan Gorilla Glass 5. Peranti pertengahan ini juga hadir dengan cip Snapdragon 630, 4 atau 6 GB RAM serta pilihan 32 atau 64 GB memori.

Harga Sony Xperia XA2 Plus Malaysia

Ia juga menggunakan kamera 23 Megapixel Motion Eye dengan sensor 1/23-inci Exmor RS dengan apature F2.0. Kamera utamanya menyokong sehingga ISO 12,800, rakaman video 4K serta rakaman gerak perlahan 120fps. Kamera selfie menggunakan lensa 8 Megapixel dengan sensor 1/4-inci, aperture F2.4 dan 120-darjah sudut lebar. Walaupun memiliki kamera tunggal, kameranya mampu menghasilkan artificial bokeh melalui fungsi mod bokeh.

Baterinya memiliki kapasiti yang sama dengan XA2 Ultra iaitu 3,580 mAh dengan sokongan Quick Charge 3.0 yang di cas melalui Usb Type-C. Peranti yang hadir dengan Android 8.0 Oreo ini hadir empat pilihan warna iaitu hitam, Perak, emas dan hijau.

Buat masa ini Sony belum mengumumkan harga Sony Xperia XA2 Plus. Model XA2 Ultra dijual dengan RM1799 di Malaysia dan model asas XA2 pada harga RM1299. Jadi, Harga Sony Xperia XA2 Plus di Malaysia dijangka sekitar RM1599 sekiranya model ini berada di pasaran tempatan kelak.