Harga Xiaomi Mi A2 Malaysia

Sebelum ini Xiaomi telah melancarkan Xiaomi Mi 6X iaitu model pertengahan dengan skrin 5.99 inci untuk pasaran China. Untuk pasaran antarabangsa ia dijangka akan diumumkan pada 25 Julai ini dengan nama model yang berbeza iaitu Xiaomi Mi A2.

Berbeza dengan Mi 6X yang menggunakan antara muka MiUi, model yang akan dilancarkan ini akan menggunakan sistem Android tulen versi 8.1 Oreo memandangkan ia merapakan salah satu model Android One.

Spesifikasinya berkemungkinan tidak jauh bezanya dengan model untuk pasaran China, Xiaomi Mi 6X. Mi A2 juga menggunakan skrin yang sama dengan saiz 5.99 inci, resolusi 2160 x 1080 pixel dan nisbah 18:9.

Didalamnya, peranti baru ini juga akan menggunakan pemproses Snapdragon 660 dengan pilihan memori dari 32GB hingga 128 GB dan 4 atau 6 GB RAM.

Harga Xiaomi Mi A2 Malaysia

Berbanding Xiaomi Mi A1 yang diperkenalkan tahun lalu, Xiaomi telah menaik taraf sistem kameranya kepada 12 Megapixel dan 20 Megapixel kamera utama dengan sokongan Artificial Bokeh, PDAF, perakam 4K dan Dual-LED Flash. Kamera hadapan pula menggunakan sensor 20 Megapixel dengan Aperture F1.75.

Ciri-ciri lain yang dijangka hadir pada Xiaomi Mi A2 termasuk bateri 3010 mAh dengan sokongan Quick Charge 3.0, Port Usb Type-C dan pilihan warna hitam, biru dan emas. Di Malaysia, Xiaomi Mi A1 dijual dengan harga rasmi RM1099. Untuk harga Xiaomi Mi A2 di Malaysia dijangka akan dijual dengan harga sekitar harga tersebut.